Cuti panjangku di JB
Hmmm.. dah lama aku tak updated blog. Sorry la guys! Aku bercuti panjang ni (3 hari sajork). Ingat cuti weekend ni nak balik KL, tapi tetiba si Akmal ajak pegi tengok Festival Zapin dekat Danga Bay. Tak jadi balik lah. Lagipun, minggu yang nak plan pergi Teater PGL nak balik lagi. Pastu minggu kenduri dekat Terengganu nak balik lagi! Harus kopak duit aku!
Sabtu kelmarin aku pergi tengok Festival Zapin peringkat negeri Johor. Meriah jugak!Mula-mula al-kisah nya nak pergi naik kereta DD, tapi lepas plan, tetiba seorang lagi penari tak der transport! Aku dah agak dah, ni mesti kena naik moto ni. Si akmal dah sentap giler babas nih! Yela, bukan apa malas nak rempit pergi Danga Bay. Panas lah. Dah la jauh plak tu (jauh ke??).Aku dengan Akmal pun rempit la dalam pukul 10am. DD, Kimie, wawa and sorang lagi penari naik satu kereta. Tapi kitaorg, tak terus pergi Danga Bay, makan angin+ shoping dekat Angsana dulu occay! hah! amik ko, bershopping sakan aku dengan si akmal. Hahaha. kelakar la dekat kedai Silverplanet tuh! Kesian si Roza (salesgirl kat kedai tu) melayan kitaorg. Nak beli kasut la, wallet la, jaket la, t-shirt la. Al-maklum la loan dah masuk. Lepas tu plak Megasale plak. Hmm amik ko! Shoping punya shoping sampai la pukul 1pm. SMS si kimie, dia cakap stat zapin pukul 2.30pm. Hari plak ujan. So kitaorang terkandas la dekat Angsana tuh. Ingatkan hujan berenti dah, tapi dok ujan jek. Kitorg pun dok la dekat main entrance dekat pintu tengok orang boley?? Sampai je dekat Danga Bay, bebudak Zapin UTM dah abes peform.. Cis!tak guna btol! Tak kisah la, janji puas hati bershoping sakan. Aktiviti diteruskan bergambar di sekitar Danga Bay. Penat la. dah la jalan-jalan dekat Angsana pastu round-round plak dekat Danga Bay!Festival Zapin ni sampai malam, sebab dia ada 2 kategori. Aku dah tak larat. So aku blah terus dengan akmal and Su and the gang. Tapi tak balik UTM, singgah sekejap (sekejap ke?) di Jusco Taman U. hahaha. Shoping lagik!Penat-penat! Lepas tu kitaorg makan dekat Pelitra jek. Memang havoc bila semua kat situ! hahahaha
Then, malam ingat nak tegok AF, tapi si Akmal ni ajak pergi Pekan Nanas umah sewa dia dekat sana. Dia nak hantar barang-barang yang dia nak shoping sakan tadi tu. Kiaorg 5 orang naik kereta si Alin. Kejar nih! nak tengok AF kot2 sempat tengok! Last-last bila sampai jek dekat UTM. dah abes!! huhuhu.. Benci! Benci! Benci bertambah bila si suara sengau masuk AF. Whateverlah!
Sekarang ni aku dok tengok bebudak kolej 16 buat latihan Senamrobik. Ada pertandingan minggu depan kalau aku tak silap la. Jumaat ke Rabu ntah. Aku malas la nak masuk. Nanti penat la. Confirm klass aku tak pergi. Aku hanya menjadi penyokong untuk semua kolej sajork! gitu??hahaha.