July 23, 2006

Fiestra+ AF+ SUKAM

Benci! Benci! penat tau semalam aku dah tulih blog aku, pastu terdelete.. huhuhu.. bodoh tau! penat aku tulih.. dah la aku ni taip lambat.. hari ni kene taip balik! benci! benci!


Tak per2, semangat lepas connection intenet dah boleh. Semalam aku tido pukul 430am. Buat ape? Lepas gian berchatting! hahaha! padan muka. Semalam tengok konsert AF4 dekat KRP. Tak la ramai sangat. Tapi penuh la meja2 kat situ.. Lagipun sebab ada FIESTRA dekat kolej aku, so malam tadi pulak ada event pertandingan nyanyi kot. Lebih kurang AF jugak la. Fiestra ni macam hari terbuka kolej la. every year ada kat koleJ aku ni.Macam-macam aktiviti ada. Pertandingan itu la, ini la, pameran la, permainan la. Macam-macam la! Cuma tahun ni je aku tak take part dengan fiestra. Sebab apa aku tak terlibat? hahaha. Bosan! Banyak sangat masalah! Bukan apa, nanti masa post-mortem ada jek, yang tak kena. Salah itu la, ini la. . Lagipun masa dulu, aku join fiestra ni sebab si fazley yang ajak. Ada banyak la, sub-sub program. Yang aku selalu join bawah program si fazley ni la. Yang tak sedapnya, mostly ajk2 program ni ada 2 klick. Satu klick yang atas and satu lagi klick fazley. Aku mesti la dgn fazley, sebab kitaorg memang dah join benda alah ni sejak Tahun Asas lagi. So, bila dah ada klick masing2 ni, paham2 je la. Banyak sangat yang tak puas hati. Aku malas nak cerita banyak.. korang pon mesti faham kan??!! biarlah rahsia...


Aku suka! tepuk! tepuk! si amirul muka doggy dah keluar AF? memang tercapai pon hasrat aku nak tengok dia keluar. eeee tolong la, muka macam @#$% nak jadi artis.. Tapi benci! benci! si gigil tu masuk final.. Apa kejadah la kena dengan si gigil tu bleh masuk final. Ni mesti orang johor suka vote ni!(hahaha..matila aku kena band dgn orang johor!) ntah ape betol la ada AFUNDI MASUK plak.. Tak suka la, dah keluar, keluar la. Tak payah la nak masuk-masuk. Nyibuk jek buat semak. Nanti mesti jadi macam kes Linda AF2.. alah, Astro.. everything is about money! biarlah... malas nak komen banyak-banyak. kita sebagai penonton tengok sajork!

Hmm...penat- penat la semalam pergi tengok SUKAM dekat stadium Larkin. Panas betol! Penat gara-gara sokong asrul larik 100 meter dgn 400 meter. Sempat tengok asrul larik 400 meter sajork! yela, mana tak nya, pukul 9am baru nak gerak la dari UTM ni. Ni semua syikin la ni, mekap lama sangat. Sura and Mida (hahaha..matila aku kena smackdown dengan sura)..huhu.. Sukam ni sukan antara kolej-kolej dekat utm. Asrul cakap sampai pukul 6pm baru abis! eee..tak koser la, nak tunggu sampai kul 6pm.. dalam kul 12pm kitorang dah blah. Lagipun event asrul dah abes. Ok la tu asrul dapat masuk separuh akhir.. hahaha.. cayalah cik yoo! Kelakar la tengok budak-budak perempuan larik.. hahaha. aku konfuse acara larik 4oo meter ke catwalk padang?? hahaha..

No comments: