August 29, 2006

minggu yang best

benci!!!!!!!!! macam sial (versi eja tau) tension tau! blog aku tak boleh view!! hanjeng btol..bukan aku maleh ok nak updated, tapi aku tak paham la intenet connection dekat kolej ni..kejap boleh view, kejap tak boleh view..macam sial (versi eja tau)

hmm..minggu ni aku pergi bercuti dekat kolej 17. Petang jumaat hari, tu dah bergerak nih, pegi jusco tebrau! jusco tebrau lagik?? bulan ni saja dah 3 kali aku pegi..choi kan??well orang dah ajak, aku folow je la.. aku, kimi, muzie, eja, fasha and pa'e. pegi dalam pukul 4pm.. macam biasa la kalau pegi dengan diorg ni, berjalan bagai sakan..penat sey..habis aku promote kat kimi, fasha and muzie soh beli kemeja padini. hahaha. choi betul si fasha ni, azab betol pilih baju kat dia ni.. ko ingat ko meletop???muahahaha. nak carik tempar dinner melilau..last-last kimi cakap makan dekat chicken rice shop jek, tempat dia kerja dulu. hah! apa lagik, order sakan la smp rm80 hengget satu set! balik awal, dalam kol 8pm, tapi rasa macam awal lagikan, so kitaorg pon melilau la dekat danga bay!fuh!! ada bazar la, macam pesta konvo plak! ada barang murah2..apa lagik shoping sakan la..eja beli cap, aku and muzie beli beg, fasha n pa'e beli spek mata. bab tawar menawar ni serah jek dekat eja! memang ratu propah bagai semua! muahaha..cayalah eja! murah giler..free2 je aunty tu kene ting tong..

smp utm dlm pukul 11pm. disebabkan dah janji dgn diorg nak main bola tampar, so bergegas la semua ke court tennis di kolej 16.. hhehehe..best giler! well, group kitaorg jugak yang menang, tapi yang benci nye kan, dah agak dah pengetua kolej 16 mesti sound punyer! nyibuk jek..pegi la tido! buat apa2 yang patut tgh2 mlm ni!(motif??)muahahaha permainan diteruskan juga,kitaorg menuju ke krp untuk main di gelanggang sana. Seperti biasa felo kat sini pon macam choi!!!!!!! tapi tak sempat kene sound lagik la..bebudak ni dah menyumpah dah nak main bola tampar,round-round punyer pegi la ktc.. sempat la main bola tampar 4 game kot..seperti biasa team ktorg menang lagik! muahahaha..macam sial kan??we ols kene halau lagik dengan pengetua kolej tu kot!! eeee benci la, dah la tak boleh kuar utm lepas kol 12am, pastu nak main smp pagi pon tak boleh!! macam sial (versi eja lagik tau) azab betol la utm ni!!
last2..kitorg main je la dekat k10. ni yang malas ni, ramai sgt la! penuh sume court!!lepas tu ada la pulak yang nk dtg tgk!! choi..sebok jek..sepak kang!! kitaorg main futsal+bola keranjang..hahahaha..sume kaki bangku, ada hati nk main futsal!! hah! amik ko semua kejar bola, ko defends ke, penyerang ke, wing ke??sume pakat kejar bola!!hahahaha..lawak betol..termasuk la aku..permainan diteruskan dengan bola keranjang..hehehe..team aku menang lagik..choi tau shahriman main!! serang aku macam main ragbi!!

dah abes game dalam kul 2am, lepak dekat cafe fakulti letrik smp kol 4am kot..sume dah ting tong..minum2, borak2aku order burger x dpt pon!! macam sial...ramai betol bebudak utm ni yang kelaparan di waktu malam..yela, ni la satu-satunya cafe tg bukak 24 hours..maka penuh la pelagai jenis manusia yang ada kat situ..balik bilik wawa aku terus tidur...fasha lepak bilik kimi..thanks wawa, lyanan di bilik ko macam rumah tumpangan ah beng...muahahaha

besok aku pegi saloon dengan suraya. si kimi ang fasha follow sekali. sebab ape?sebab malam semalam lepas balik dari cafe moto dotang tak der minyak..hahaha..sian fasha kene tolak...tough la sikit ko tuh...aku dgn suraya pegi saloon...diorg pg jusco..jln2 tgk org..aku tau..muahaha..saloon ni aku baru pegi, bagus jugak..tapi haistylist dia aku kenal...so senang la sikit nak buat fesyen rambut..aku bawak je manjalah..then cakap.."i nak rambut macam ni"...hahahaha...bagus2...bagus amoi tu..

malam..hehehe..macam2 aktiviti di lakukan..tapi tak bole di ceritakan di sini..muhahaha..eja n pa'e dtg..apa lagik tak tidur la satu malam..babi tau diorg ni..bukak citer hantu!!!!!!!!sial jek..nak tengok..pastu sume tutup muka!!hahahaha...tapi yang best nye pagi esok tuh, kitorg pegi breakfast dekat satu warung dekat blakang kolej 17..oh my GOD..best nyer..tak sia-sia aku mengidam dgn eja, nak makan nasi lemak daun pisang..ada ikan bilis goreng..timun..telur goreng...sedap nye..dengan tak mandi nih...buat bodo jek pegi kedai makan..muahahaha

August 22, 2006

Ini diri shah @ caca @ sha#$%

Dah bersawang aku punye blog ni.. Sorry la guys! Minggu lepas macam2 perkara happen to me!! Oh my God (versi fasha) Minggu lepas tak pegi jumpa Dr Rusmidah pasal PSM. Ingatkan ok la, last-last selisih dengan dia dekat fakulti. Ingatkan aku dah tunduk bagai siap tutup muka dengan fail lagik, dia nampak gak!huhuhuhu.. Apa lagi kena sagat la..muahahaha..Lepas tu, demam plak, sakit tekak. Kena plak minggu ni kena program Degree ++. Penatnya...

Then hari Rabu lepas abg aku with his family and family mertua dia datang Johor. Konvokesyen adik kakak ipar aku. So, aku pon join la skali, tumpang pegi tengok, jadik cameraman.. Boleh?? Konvokesyen tak buat dekat dewan Politeknik, tapi buat dekat stadium MPJB. So ramai la jugak. Boleh tahan meriah nya. Tapi meriah lagik konvokesyen dekat U. hehehe.

Aku baru balik dari borak-borak dengan diorang. Oh my god!! aku sangat terkejut dengan 2 berita yang aku dapat tapi dari orang yang sama. Aku bukan apa, cuma aku sangat terkejut dengan si N. terus terang aku cakap, aku baru jugak kenal si N, so aku tak boleh la nak cakap lebih-lebih pasal N..Kenapa la dia bertindak sampai begitu sekali?? Apa yang buat dia begitu gelisah?? Aku tak kisah sangat dengan hal-hal macam ni, sebab aku rasa hal-hal macam ni, sure jadik punyer. Yang aku kisah nya, hal ni kena tempias orang lain, termasuklah aku! Bayangkan lah orang dah salah anggap dekat kawan kita, of course la orang tu juga akan pandang yang sama jugak dekat aku! Macam mana la, aku nak jumpa si E dalam kelas. Dia dah tahu kawan-kawan aku macam tu. Mesti dia kata ala "ntah si C pon macam dia jugak!ee.. tak sangka betul??!" Adoi..macam-macam la..Sesetengah orang mungkin paham apa yang aku tulih. Tak perlu la aku tulis secara detail sebab aku nak orang tu sendirik yang tafsir apa yang dia paham dan apa yang aku sedang lalui..


Aku sebenarnya nak tulis macam2 dekat sini, tapi aku pikir-pikir tak payahla. Mungkin tak semua orang tahu aku macam mana?mungkin orang tu tahu tapi buat-buat tak tahu. atau mungkin orang tu tahu tapi dia tak kisah kalau dia tahu atau mungkin orang tu tahu nanti, dia akan terkejut?? Oh my god.. Aku serba salah sebenarnya.

Well biarkan la untuk orang-orang yang tak tahu nanti. Aku tak suka described aku macam mana, bagi aku biar orang tu sendirik yang described aku macam mana. Klu dia tengok aku macam tu, so macam tu la aku. Kalau dia tengok aku macam ni, macam ni la aku. Tapi aku rasa orang lain mula tahu aku macam mana, cume sekarang aku makin selesa dengan diri aku sekarang. Biarla..it's my world! duniashah.

August 14, 2006

Jalan-jalan cari makan

Hmmm...best jugak sambil tulih blog dengar lagu hindustan.. hahaha.. thanks wawa!
Weekend hari tuh, aku memang merewang-rewang dengan bebudak nie. Mau tak melekat kat bilik aku. Hari sabtu hari tuh, dalam pukul 9am aku dapat call. Eh, sapa plak ni, tetiba jek nak jumpa aku, pastu nak bagi barang?! Dah la time tu aku mamai, tengah tidur lagik. Maklum la weekend, kalau kul 9am tu awal lagik. hahaha. Cakap-cakap baru la tahu, rupa-rupanya orang kedai dari lelong.com tu yang call. Aku lupa yang aku ada tempah barang melalui web. Beli barang rm 10 jek. Hard casing hp. Ajak la si Su pegi Jusco jumpa dia. Janji dekat kedai maxis kat bahagin atas jusco, Tetiba plak abg Jaz ajak minum dekat starbuck. Hehehe. Langkah kanan kitaorg jmp dia. Abg Jaz ni keje dekat starbuck, so dapat la aku dengan su minum free. hahaha. Sedap jugak chocolate yang baru ni. Janji kul 12pm last-last kul 1pm baru sampai mamat ni.

Balik dari jusco, kitorg lunch dekat Meranti jek. Habis riuh rendah bila bebudak ni gelak tak henggat dunia. Muahaha. Aku tumpang gelak jek. Then, ingat aku nak balik je bilik pastu tetiba si akmal nak and Alin nak beli tiket balik cuti mid sem nanti. Pegi plak Sri Putri. Singgah plak kemudian dekat Taman U, alin nak usha speaker. setelah di hasut oleh bebudak ni, maka alin membeli la speaker yang berharga rm2++. Hmm.. boleh berdisko la lepas ni kat bilik Alin. hahaha..Alih-alih on the way nak hantar aku balik blok, tetiba si akmal tanya " Sapa nak ikut aku pegi Jusco Tebrau?" hehehe.. "aku jawab la"aku on jerkk" hmmm..aku ni memang la muka jusco. Jusco taman u la, Jusco Tebrau la. Lantak la!Kitorag pegi berlima. Aku, Akmal, Pa'e, Kimi and Alimi. Pegi pon dah lambat around pukul 5pm.



Sampai Tebrau terus pegi usha bebaju yang sale-sale kat sana. Memilih bagai nak rak. Test baju itu la, test seluar ini la. Sampai akak kat situ dah pandang pelik!hahaha. Last-last tak beli. ngehehe. Hmm..murah-murah btol la. sale!sale! si alimi ajak tgk wayang..cite rempit??!! eeee..tolong la..semua buat muka dekk jerk! cadangan tak memberangsangkan..hahaha.(lain cerita la alimi ek?)choii..tgk cerita melayu..jalan-jalan masuk kedai Padini, Levis semua pakat men-test!sakan betol bebudak ni..
Yang kelakarnya si kimi beli beg galas. Pastu aku cakap la "kimi, beg ni mcm beg sekolah aku ting. 3 la"hahaha. sian kimi, kena kritik..huhuhu.. last-last dia beli gak..mula-mula akak promoter tu bagi 2 beg kertas Converse.Pastu aku cakap la "ala akak, bagi 2 beg jek? Bagi la sorang satu" hah! amik ko semua dapat. apa lagi semua pakat bergaya dari kedai converse pegang beg sorang satu! hahaha..



Diorang ni memang suka meng-Havoc kan kedai-kedai tau. Pegi test Spek pastu, posing amik gamba. Siap pakai gelang tuh. hahaha. Kat bawah ni model-model yang desparate. Si akmal ang Pa'e..si akmal siap tanya lagi" muka aku ada iras-iras Paris Hilton x?
hmm...ada kot..tapi versi lain..hahahaha.. Choi sgt!!Balik dlam pukul 11pm tapi singgah dulu dekat alif minum-minum. Tetiba aku bleh la plak jumpa si Faez dak mrsm aku. Huh! lama tak jumpa.. Rambut dah perang sey..Balik bilik diorang terus lepak bilik aku. Nak main tenet. Hmmm.. main la. Intenet ni memang aku bayar utuk kawan-kawan aku pun...opssss!Choi...Si Pa'e ajak aku tiur dekat K17. Bak kata Pa'e "aku on jerkkk" hmmm borak-borak sampai pukul 1am. Tetiba aku and kimi lapar bangat. Terus merempit ke cafe 24 hours P19. Ceh!! ingatkan ada la makan-makan best. Rupa-rupanya roti canai jerk.. kempunan aku nak makan meggi goreng +telur+sawi..huhuhu. Lepak dekat cafe tu sampai pukul 4am.



Balik bilik si Kimi and Alimi, si Pa'e terus bukak vcd Korea. Cite apa ntah. Hmmm.. mamat ni memang feeling abis. xkoser aku tengok dok feeling-feeling sorang2 kat depan pc tu. Berangan je lebih..Choiii...dia dengan kimi terus sambung tengok vcd. aku dgn Alimi dh tak larat nak bukak mata. Maka besok nya pukul 12pm baru lah bangun. Cadangnya nak breakfast nasi lemak kat kuar. hmmmm..hampeh bebudak ni!Besok tgh hari nya semua pakat malas nak kuar pegi lunch. si alimi plak masak meggi! Bayangkan lah meggi 2 bungkus kongsi 6 orang?? Pastu ada plak si kimi..(kimi jgn marah aku!)

Petang terus pegi pasar malam. Memborong sakan la aku. Tapau terus makan dekat arked kolej 10. Eja and the gang dah tunggu kat sana. Si kimi and alimi bleh plak berdebat kan??isu nya sapa lebih popular nasha vs erra. ayyooooo!!! bingit arked tuh.. Motif kan diorang ni???

August 13, 2006

Pertandingan Senamrobik Antara Kolej



alopss guys!! aku tak tahu la, sejak dua menjak ni aku jadi makin malas plak. Bukan apa bila dah jumpa member2 yang satu kepala ni dok berborak je kerja. hahaha. Ok la hari jumaat lepas malam ada pertandingan senamrobik antara kolej. Aku selaku orang kuat untuk kolej 16 & 17 mestilah hadir. Kitaorg sampai paling awal, ingatkan pertandingan start pukul 8pm, rupa-rupanya pukul 9pm. huhuhu. Tapi ok la, sempat la aku letak kan glitter dekat muka diorang. Konon- konon nya nak nampak lain dari lain la. Ok per???



Pertandingan bermula dengan kolej KRP. Ok la, overall aku rasa KRP memang berbakat dalam senamrobik. Berlatih dua hari jerk.. Tapi, persembahan mantap jugak. Step-step diorang kebanyakkan simple. Malas la nak tulih banyak (maybe alan dah tulih byk kot and he know what i feel)

Seterusnya KTR buat persembahan. KTR la yang memang aku tunggu-tunggu sangat. Hmmm.. aku sangat bengang, kerana persembahan diorang guna step-step yang lama. So, tak da sangat pon yang baru bagi aku.. Cuma apa yang aku respect dekat diorg segala pergerakkan adalah sangat mantap dan jitu. Semua langkah adalah sama untuk rentak lagu masing-masing. KTR memang banyak dapat sorakkan




KTHO bagi aku, biasa sajork. hahaha. Lan masuk senamrobik rupa-rupanya. aku banyak tak kenal sangat pon bebudak ktho ni. Tapi majoritinya bebudak batch aku. KTHO mcm tahun lepas, step diorag sgt teliti. Aku sangat terkejut, ktho bawa step tai-chi. OMG!! sangat meletup!! kolej 10 pula, aku rasa biasa jerk. Sebab banyak step-step diorang yang tak sama antara satu sama lain. Then, dari apa aku tengok step-step diorg kebnyakkan sama jerk. Tapi aku paling suka bila kolej 10 bawa lagu Ayumi. OMG!! That's great. Sama jerk aku tengok dalam videoklip Ayumi tuh!! Best la.. (To hakim, aku tak kutuk korang tau!)



hehehe. yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bebudak kolej 16 & 17 buat persembahan. Honestly aku rasa, kolej 16 & 17 adalah lebih layak dari kolej KRP untuk menang! Bukan aku nak belot untuk kolej sendirik, tapi aku rasa sangat tak puas hati. Kolej 16 & 17 buat banyak sangat formation untuk setiap lagu.. aku sedih jugak bila diorang umum tempat ke-3...kolej 16 & 17. OMG!! tempat ke-3??? bukan tak bersyukur, tapi tak memandai dengan apa yang telah diorang berlatih!! kitorang berlatih hampir 2 minggu. Tapi bila tanya pihak juri, juri cakap tak banyak step-step yang sharp! la..tak kan tak dapat beza kot?? KRP hanya buat 3 kedudukan yang berbeza utk lagu diorg?? Korang boleh bayangkan untuk setiap lagu, diorg hanya membuat 3 bentuk kedudukan yang berbeza!!hmmm..nak buat macam mana, tak selalu yang kita harapkan menjadi kenyataan. Kimi, ros, alin..semua macam sentap. Bila umum jerk..diorag pandang aku " caca, tempat ketiga jerk??" semua muka dah macam bengang. Lagi bengang bila KRP dapat no. 2!! hmmm.. biarlah. tak da rezeki..:(



Tapi.. apa-apa pun tahniah buat KTR yang dapat no 1. Buat Hafess and Rezza congratss ya!!

Eja, Paie, Elisha, Fasha and Muz.. tahun depan cuba lagik yerk!! aku dah agak dah kitaorg mesti dapat medal punyer!! hahaha. Apa-apa pon aku sgt seronok malam tu coz semua orang gembira!!

but..untuk Halle, Rosdi, DD, Kimi, Suhaimi, Ros, Pejoi, Iris, Su, Zul, Alin, Wawa, Hakim, Alimi, and Hami...CONGRATULATIONSS!! Nanti celebrate jangan lupa jemput aku eh!hehehe

August 10, 2006

Aku yang berbelah bahagi

Senamrobik

Hmm..sedey tau..semalam aku dapat sms dari si K mengatakan aku tak boleh join senamrobik kolej 16. Penat!! Penat aku berlatih seminggu. Tiap-tiap hari malam berlatih sampai pukul 1am..Teruk btol! siut jek. Ntah apa2 la KRP ni, ingatkan tak nak hantar wakil, alih-alih si K kata nak hantar jugak wakil. Pastu kalau aku join senamrobik kolej 16, nak protess. Sebab aku join kolej lain! Hanjengss betol!!

Huhuhu..kitaorang dah berlatih sampai lagu ketiga dah. Kalau tak silap tinggal lagu tradisional je yang belum cuba lagi. Syarat pertandingan lagu UTM and Lagu tradisional adalah wajib. Pastu masa adalah selama 10 minit. So total semua setelah di edit ada lebih kurang 4-5 lagu la..Bayangkanlah nak buat senamrobik selama 10 minit tanpa henti! choi sangat! Nampaknya aku tak join mana-mana pertandingan pon semester ni. Baru nak jadi pemain import untuk senamrobik kolej 16. hehehehe

Tapi untuk menjadi lebih fair, aku tak masuk jugak untuk KRP, yang mana kolej kesayangan aku ni. Sayang ke?? Yela kan, aku masuk untuk KRP nanti macam aku belot pulak untuk step-step kolej 16 kan. Kalau aku masuk jugak untuk kolej 16, nanti sure-sure la kena protes. (Walaupun si K kata aku tak kan di protes kalau aku join untuk kolej 16) kalau tak menang tak pe la, kalau menang tak ke naya je kimi, halle and budak-budak lain. So, aku sekarang jadi pengurus jerk untuk kolej 16. wah?? berangan nih..hahaha.aku la nanti tukang amik gamba, bagi air.. camera man jerk nanti.

Aku pelik betol la KRP ni, pertandingan jumaat malam ni. Malam tadi baru berlatih.Boleh?? Aku kata tak payahla hanta wakil, nanti waktu pertandingan buat kena boo jek. Bebudak kolej lain mulut boleh tahan jugak. Tapi diorang nak hanta jugak, biarla. Aku tengok jek. Nanti.. aku sokong semua kolej jerk.hahaha. KTR sure mantap punya. Tak sabar nak tengok pertandingan Jumaat ni.

Malas

Aku ingat ada intenet kat bilik boleh la updated hari-hari. Tapi nampaknya semua itu hanyalah angan2 kosong sajork. Yela dengan assignment nya, kuiz la, test la, program Degree ++ la (wajib plak tu)..Banyak betul la.. PSM lagi. Tadi baru dapat method. Itupun pagi tadi sebelum jumpa Dr. Rusmidah kelam kabut pegi print! hahaha. Pastu nak print plak file PDF tak boleh baca! siut jek.. Turun plak pegi edit2 dekat word. Last-last sampai lab Pn. Khaidawati yang bagi method.hahaha. Lecturer aku cakap eksperimen tak boleh start lagi minggu ni. Sebab chemicals untuk projek aku tak sampai lagi. Bagus2.. Nanti semester depan aku je yang terkial-kial buat amali sensorang..huhuhu

So, PSM skag aku just baca and buat method aku dulu. Siap baru check dengan Pn. Khaidawati. Sebenarnya kalau tak silap aku projek aku ni join adventure antara Dr. Rusmidah dengan Pn. Khaidawati. So, kiranya aku ada dua orang penyelia lah. hahaha. senang sikit .. Overall tadi penerangan ok la, method pun senang. Reaction untuk hasilkan mangkin pon senang. Takder la pakai alat2 radas yang pelik.Aku suka! Aku suka!