June 23, 2006

Jawatan Gila Kuasa Program Bersamamu @M' 2006

Merujuk kepada pekara diatas, Mr S ingin mengumumkan satu Jawatan Gila Kuasa PBM (ini singkatan occay..bukan PBSM eh!). Semua deligasi dijemput hadir bersama-sama dengan dengan...(eh!datang sorang jek!)bagi memeriahkan lagi mesyuarat@parti yang maha agung pada tahun ini.

Tarihk : sekitar Julai- Ogos 2006
Masa: 7 hari 7 malam (Sila bawa pil penahan tido...majlis adalah 24 jam sehari)
Tema pakaian: Seksi tapi Sopan (lebih kurang Teman tapi Mesra la...)

Penaung : Cikgu B (matila..dia yang mulakan spekulasi ini)

Pengacara majlis : Mr A
Sangat aktif berkata2. sangat sesuai dulu dengan panggilan si adder.. sangat suka meng adder berita..habisla lepas ni semua ahli2 bercakap ala2 anak mami (Mr A orang peneng oi)Mr A kini melanjutkan pelajaran di bidang kedoktoran di ipta tempatan!sujudssss! Tepuk! Tepuk

AJK Hiburan : Mr K.A
- Mula2 tabik hormat dulu pada Mr A. Tabik! Tabik! Beliau akan memastikan segala aspek hiburan+nyanyian pada minggu itu berjalan lancar. Tarian tradisional dari Negeri K (betul ke?) merupakan tarian tema pada tiap2 tahun. Walaubagaimanapun, Mr A berada di russia. Ini agak susah bagi beliau untuk mempraktikan tarian M disana. Ini ekoran, beliau sangat sibuk dengan alat-alat pembedahan untuk membedah muka anna konikourva menjadi Toccara (matila aku lepas ni kena operate plak!!)

AJK Publisiti : Mr Q and Mr F
- Sekali bangun! duduk! bangun balik, tabik dekat kedua-dua orang ini. Mereka sangat sesuai dengan bidang ini kerana telah lama bergiat "cergas" tak kira siang atau malam mempublisitikan semua benda (matila aku lepas ni kene pancung dgn!!gedebusssh). Tepuk! Tepuk!. Apa-pun Mr Q dan F sangat berjasa kepada negara kerana telah menunjukkan peningkatan didalam ilmu kedoktoran di uk! Ajk di kendaki mempromote majlis ini kepada barisan artis barat.

Ajk Karpet warna-warni : Mr q
-tepuk!Pastikan anda nampak Mr q occay!(matila.. Mr q skag dah tinggi sekarang occay)Beliau sangat dikenali masa zaman sekolah dulu, ekoran kecomelanss beliau yang sangat tinggi. Hampir byk kali berperang dengan artis S dulu, ekoran tidak tahan dengan KEFOFULERAN artis S dikelass yang sama. Apa2 pun Mr q tidak pasti untuk hadir kerana sibuk dengan perniagaan?opss.. sibuk mempromosikan rancangan baru beliau "Aussie Next Top Model" bersama Tyra Bankss..(ampunnnnn... Mr q)

Ajk Sukan: Mr Y
- Berhati2! Mr Y dah kurus!! Ini dapat dibuktikan dengan hanya makan nasi sesudu selama setahun, anda boleh kurus!!Tepuk! Tepuk! Beliau dulu sangat dikenali sebagai Pengurut di kiub **. (Harap maaf nombor bilik tidak boleh dipamerkan) Beliau sekarang sedang giat mempromosikan spa, gim serta kelas aerobik. Beliau kini sedang menjadi duta untuk Slim World yang setanding dengan JLo..Antara aktiviti sukan disana nanti ialah bermain cap kelicap kelicap..cap kelicap kelicap

Ajk Pementasan: Mr I
- Pelik? pentas pun penting ke? Ya!! sangat penting untuk penganugerahan sijil-sijil terhormat kepada semua deligasi. Beliau sangat aktif dengan drama-drama queen beliau sewaktu di maktab dulu. Menjadi pelakon yang sangat disegani di setiap pelusuk kampung..(matila aku di kecam hebat nanti). Juga aktif di bidang2 pengawasan maktab dulu2 yang berbaju biru! Mr I selalu sangat konpius dengan status dirinya oleh ahli2 M lain..Apa pun Mr I sangat macho (no komen!)


Ajk makanan : Mr M
Sangat sesuai dengan beliau. bangun! Tabik! Tabik!Ini kerana dulu2 sewaktu di maktab beliau sangat baik dengan makcik2 DS. Sering mengadakan memorendum dengan pihak DS mengenai pelajar sewaktu makan. Selalu mendapat makanan superb mewah yang lebih klass dari ahli2 lain. Walaupun, begitu beliau jugak turut di kritik hebat oleh media2 antarabangsa ekoran kelincahan beliau jika bersama ahli2 lain. Kini beliau bangkit dengan imej yang begitu ketara dengan mengasilkan produk kencantikan LOREal!


Suara Latar : Mr C & Mr R
-takut untuk terlibat majlis-majlis yang super grand ini ekoran dikecam hebat sewaktu di maktab dulu... Seringkali di kritik hebat oleh pihak media dari merata kelas. Mereka telah bangkit sebagai suara latar dan kini bergiat cergas di belakang tabir bersama2 dengan boss!(matila aku dihina hebat nanti)

dan yang dinanti2kan
Duta rancangan Program Bersamamu M'06,Mr S
-Tepuk! Tepuk!..sangat aktif kini dibidang model(hahaha..matilah berangan!!) sangat optimistik dan konservatif sikit..hahaha..Suka berperang dingin dengan Mr Q dulu.. apa2 pun Mr S menang! sangat celupar terhadap para pengkritik yang sangat dengki dengan ahli2 M ini.. Paling @#%^& dikalangan ahli(hahaha..)

Pesanan ikhlas penaja
"jangan anda menyaman malu pihak tabloid ini. ini kerana pihak media telah pun berpuas hati dengan segala gaya penulisan ini. Jika terkasar bahasa, mengumpat, memcerca harap di maafkan! Semua ini asm garam dunia seni" (hhahaha matila perasan artis)

eh! AJK kerohanian tak der???tak der wakil!!!matila kena panah petir.....

June 22, 2006

aku yang bersemangat

Sorry ya!! Aku dah lama tak upated blog! Ini pun malas gile nak updated! Buat report sket terus updated! Bukan apa, minggu ni aku busy sangat. Ye la aku punya projek dekat industri ni nak sampai part yang akhir2 dah. So semua data aku kena kumpul and masukkan ke dalam report. Mana nak bagi dekat boss lagi, yang nak buat report untuk dihantar, presentation lagi 6/7. Aduss banyak nyer!! Lepas tu minggu ni pulak lecturer aku dari UTM datang.Huhuhu.. So, aku kena baca balik ni pasal projek ni. Nanti dia tanya kang nak explain ape! Banyah sey kerja!
Hahaha... Kelakar la semalam aku explain dekat my lcturer pasal projek aku ni. Kajian Kalsium Karbonat Termendak (PCC). Yela giler ke ape! Dah la depan lecturer lepas tu penyelia2 dekat sini bleh plakss join adventure dengar sekali! hahahaa... amik ko! menggelabah kau.. Selamat la aku dapat Dr. Salasiah. Dia memang dari jabatan kimia. So tak la susah aku nak bincang dengan dia pasal laporan nanti. Ada jugak student kimia tapi dapat lecturer dari jabatn lain! Fizik la, Maths la.. Pelik! Macam mana diorang nak semak laporan nanti! Kalau lecture maths, dia tahu ke acid acetic, maurixed, cone and quater, titration?? hahaha.. mati la aku kena band dengan lecturer maths!! gedebushhhhh!! Bangga aku semalam! Bukan apa, penyelia aku puji melangit aku depan Dr Salasiah..

"Shahrul ni bagus. Saya tengok dia dapat menyesuaikan diri dengan semua kerja dekat sini. Analisis kimia saya tengok, dia boleh la buat sendiri" Cik Rohaya

Well.. malas nak riak kan.. hahaha! Banyak jugak yang aku bincang dengan Dr Salasiah pasal PCC ni. Dia cakap benda ni baru. Dia sendiri pun tak pernah dengar tajuk ni. Excited jugak dia dengar! So, dia cadangkan aku supaya tajuk PCC ni nanti boleh buat tesis untuk final year semester depan! Penyelia aku cakap lagi bagus. Kalau tajuk orang yang memang orang tak tahu, lagi senang kita nak buat research! Betul jugak. Lagipun proses ni memang simple. Dekat UTM pun aku rasa alat2 dia semua ada. Cuma alat SEM tu aku belum pasti ada dekat UTM ke tidak. Aku pikir2 balik betul jugak. Sampel batu kapur ni boleh mintak dari industri ni. Lagipun boss dah kenal aku. Hahahaha. matila berangan! Eh betul la.. boss dah kenal aku.. Semalam pergi pasar malam jumpa boss ape! Then sebelum Dr Salasiah balik sempat jugak berborak dengan dia pasal arwah Dr Mustaffa. Sedih jugak dengar cerita arwah accident! tapi apa2 pun nak buat macam mana. Ajal maut di tangan Tuhan. Aku rasa baru je 2-3 bulan lepas arwah Dr Mustaffa bagi ceramah pasal praktikal! Dr Salasiah datang dengan husband dia, Dr Nasir. Tak sempat nak jumpa! Senang betul orang kerja satu jabatan ni. Apa-apa pun lepas ni terpaksa la baik dengan shasha! hahaha..

p/s

Bila la nak beli baju kemeja baru ni?? Nak presentation, kena pakai baju baru!!!

June 19, 2006

Macam-macam cerita!

Cinderella versi Caca

Yesszza! sekarang dah week 7. Aku ada lagi 4 minggu nak bekerja di JMG ni.. Hahahaha.. Hmmm.. berakhirlah cerita Cinderella versi Malaysia baru-baru ni! Apa la nak jadi, kahwin hari tu bukan main meriah lagi! Ni yang aku nak kutuk habis- habisan ni. Kahwin bukan main lagik dekat PWTC, siap masuk dalam filem lagik (hahaha aku pegi tgk wyg lagi time tu). Last- last bercerai gak si Erra- Yusry ni. Hahaha.. awie musti kata "aku kahwin pun bertahan lama" Hahahaha..matila aku segmen "Terjah" versi Melodi caca! Yang aku angin gile ni, diorg rupa-rupanya dah bercerai bulan 4 lagi. Meaning, masa rancangan AC Disini dekat Astro Ria hari tu, diorg dah bercerai la.. Boleh plakss si Erra ni cakap "dalam proses".. Memang la dalam proses.. proses nak bercerai! Huhuhuhu.. Hmmm.. rugi2 diorg tak ade anak. Kalau ade musti lawa gila.. Oh! ntah apa-apa betul la Kak Jaja ni, rupa- rupanya diorg dah tahu pasal Erra-Yusry ni! Bukan nak bagi tau aku.. Kuang asam pedas betul..

Fast and Furious- Tokyo Drift (betul ke aku eja ni?)

Hari sabtu hari tu aku keluar dengan shahriz.. Asyik mamat ni jek!Aduss!! meletopss..best sey!! Tak sia-sia aku tgk cerita ni dekat wayang.. Aku tak pernah pon folow cerita ni.. Apa-apa pon best gile babas hingga langit ke-7! Meh nak review sket.. Pelakon cerita ni sume aku tak kenal.. tapi diorg kenal aku kot... hahaha matila aku verangan.. Ntah.. watak hero tu pelik la.. tak sesuai.. jadi student umur 18 tapi muka macam bapak orang! Pegi school macam dia plak hantar anak dia! Mungkin dia ni spm tak lepas kot dok repeat je keje.. hahaha.. Ape2 pon aku suka music dalam cerita ni.. Kali ni ni music versi Japanese, so lain dari lain.. Nama pun Toyo Drift..Cerita very the lucah + ganaz (18sg).. Tak la lucah sgt aku tengok.. mungkin dah besa kot bagi aku.. hahaha..matila kena panah petir! Pelakon2 Japan ni seksi sket.. Ala besa la tu..Penghuni tetap neraka.. Pasport dah cop, cuma nak berlepas je tak tau flight mane..hahaha.. Aksi kejar-kejar kereta memang klass! Dekat tengah-tengah bandar Tokyo and lagi satu dekat car park kereta! Gila betul... Apa-apa pun pergi la menonton cerita ni..Hmmmm aku bagi A+

Driving School

Arghhhh...tidak!! buat kali ke-2 aku pegang stering kereta dalam masa 2 tahun!! Tak sampai hajat aku nak buat rekod 3 tahun.. Hahahah kelakar gila!! Mana la aku ingat dah nak bawak kereta. Mau 4 kali mati enjin! Selamat la belaja dekat kawasan kilang hari ahad. So, mana la ade kilang nak buat overtime kan masa tu.. Semua ni idea abg bal.. Selamat dia nak test aku balik.. Mana la aku ingat weh!! Nak tekan clutch pon aku tak tau mane satu! Hmmm.. kalau kereta auto tu aku yakin gak la.. sebelah kaki pun boleh bawak!! Serius aku dah tak ingat nak bawak kereta. Nampak nya lesen aku ni hiasan semata- mata dekat wallet ni.. Arghh!! peduli apa! yang penting aku dah lulus ujian memandu and lesen P aku dah tamat.. Verangan nie.. Nanti la aku re-new lesen aku tu. Mana la sempat time-time macam ni.. Kerja tiap-tiap hari mana sempat nak pergi post office.. Lagi satu bawak kereta bila cuti semester jek..tu pun kalau rajin jek.. Balek UTM lagi la tak nak.. Besok aku beli kereta auto je la.. Pueh hati..hahaha (Buat Zul dan Juperi Gud Luck eh ambil lesen! By the way korang boleh ke chalen aku test jalan raya 20/20)

AF- Konsert 3

Ingat kan Haziq yang skema tu keluar.. rupa-rupa nya Rich yang rambut banyak gugur tu keluar.. Okeh gak! Aku tak suka la dia.. Persembahan biasa sajork!

Paling BEST!!(wajib tengok, rakam pun lagi bagus):

1) Farhan
Kelass!! Very the superb!! Boleh join Kak Nita menyanyi dekat kelab2 malam dekat Las Vegas.. Cume kene kurus sket.. Takut baju sponsor tak der yang sesuai nanti.. Kalau dekat Las Vegas terpaksa la pinjam baju Queen Latifah.. Vokal very class!

2) Velvet
Hmmm..ok! suka tengok watak velvet yang getik2 sikit.. Aku rasa velvet nyanyi lagi best dari Ratu. Dah la sumbang masa APM 2006. Seksi je lebih! Ratu ni pun boleh join pelakon2 Jepun tadi naik flight pegi neraka langit ke-7.. Pasport aku rasa dah cop kot! Pakai cap jari pon boleh.. Tapi sian velvet baru nak date dgn rich tengok world cup.. Velvet ni kuat berpeluh betul la.. Tapi dia dah kurus.. Nampaknya sesiapa yang nak kurus, silalah menyanyi ala2 velvet.. sure kurus! (Fariz tak nak try ke?? syu yang dah semakin tembam tu pon boleh try jugak)

Biasa sajork (Tengok-tengok gitu jek..)

3)Faizal
Bagi aku oka la.. MEmang sesuai dengan dia. Dah lagu dia! sesuai sangat la.. Kezutan ada Saleem!! hahaha.. jahat betul si adlin "jangan hisap dadah lepas ni?"Kesian si lotter dgn amirul kene pegang banner! GANU KITER (kpd syuhada akmal aku bukan promosi mu ok!)

4)Diddy
Sedih..lagu la sedih..Suara dia memang kene dengan lagu dia.. Perghh ramai jugak yang meleleh air mata tengok! Aku?? meleleh air liur sebab time tu tengah makan kari daging! sedap woo...

5)Amirul
Mamat ni memang aku paling tak suka.. Tolong la astro buat AFOUT Amirul!! Tapi nak buat macam mane persembahan dia minggu ni best! Ala kalau dapat undi ni pun mesti budak-budak pompuan yang belum akil baligh yang undi dia ni.. eee.. Tolong la..Diorg cakap si amirul ni comel?? Tukang sapu dekat opis aku ni lagi cun walaupun dah "Kertu"

Tak tengok pun tak per (Kalu nak pegi toilet, pegi lama2 pon tak per)

6)Salima + Haziq + Zila + Lotter

Tolong la makcik Salima.. Baju very the season! Cow girl la konon.. Sorry la aku memang tak suka minah ni.. Pakai tudung tapi tergedik2 dalam AF. Sorry not my choice! Apa-apa pun aku lagi suka lagu asal versi Juliana banos- Obsesi.. Haziq?? bak kata Adlin memang nampak wakil rakyat yang melompat dari darjah 3 ambil PTS. Lepas tu masa le[as SPM dia amik Fore- Cast! Pastu dia grad awal.. Dia ni sesuai untuk lagu-lagu melayu je la..Lagu tradisional memang kena! Tak saba nak tengok Haziq nyanyi lagu How me Seksi.. Zila tak tau la.. takder x-factor yang nak menarik minat aku.. Persembahan paling OUT minggu ni ialah LOTTER.. Sorry not my choice again.. Rich dah keluar malas la nak story.. Cuma rich kena pegi YU NAM Hair Care la

P/s

SELAMAT HARI JADI YANG KE-31
BUAT EN. SHAHRUL IZHAM MOHD RAWI

SELAMAT HARI BAPA
BUAT EN. MOHD RAWI SAAT (oh..abah..duit tak der ni?!)

June 16, 2006

Presentation??beres...

Semalam aku dapat call dari Pn. Asiah pasal presentation aku dekat JMG ni. Dia cakap date untuk presentation LI 30 June. Hmmm.. ikutkan aku, aku ok jek. (aku dah naik bosan dengan presentation ni). Dekat UTM balik-balik muka aku mesti enterprame!! hahahaha! Tapi Kak Faridah cakap Tn. Haji suruh proceed for the next week. Meaning, week yang ke-9 la. Ntah la, aku rasa projek PCC ni dah nak habis, tapi Kak Faridah cakap banyak lagi benda. Buat dalam bentuk power point. Hahaha... Nampaknya aku cut, edit and paste je la senior punya tahun lepas-lepas. hahaha.. Kene buat graf, jadual la. Aku tak paham sangat la report yang diorg bagi ni. Aku rasa pelik sikit tau sejak aku kerja dekat JMG ni. Satu kelemahan yang aku nampak kan, diorg tak de satu prosedure ataupun manual yang tetap. Semua kaedah ke data ke, tulis sendiri dalam buku masing-masing. Lepas tu bila nak buat analisis balik, mulalah cari buku-buku log diorg tuh. Aku pun pelik, why not tak print out the manual then binding and do it properly! Kadang-kadang tu aku tengok macam buat tangkap muat jek. Hmm..maybe dirg dah biasa kot. Lagi pun analisis yang aku kena buat sekarang ni, Kak Faridah cakap diorg dah lama tak buat. Diorg dah move on untuk ujian-ujian lain. So, tak kisah la. As long as the still know how to do it. Hari ni we proceed with the same method dgn suhu 1050 degree. Kalau tengok report senior ni, panjang gile! Mau dekat 200 pages! Mesti skema gila babas budak ni.. Malas la aku nak follow banyak2.. Hahahaha.. Tadi Cik Rohaya baru datang, presentation aku 6 july.. So lambat lagi la.. Aduss.. ni first time aku nak presentation dekat depan orang luar ni.. Depan ppegawai-pegawai yang banyak yang kebanyakkannya umur separa abad dah! Selalu presentation dekat depan klass jek.. Balik-balik muka budak coursemate aku.. Hmmm.. masa ni la nak 'promote diri' bak kata Dr. Mustaffa.. Kot-kot nanti boleh keje dekat sini bila dah Grad nanti..(hahaha habis la aku berangan Kak Faridah kene jumpa aku balik)

Minggu ni aku ingat malas la nak balik rumah. Tipa-tiap minggu lepas balik kerja jek, terus balik rumah. Selamat la rumah dekat jek dengan Ipoh ni. Tak payah sewa rumah plak tu.. Makan, minum, tempat tinggal, transport semua di tanggung beres! Hahaha.. Habis la kakak akukene kikis dengan aku..Minggu ni plan nak jumpa Qamarul. Hmmm dah lama aku tak jumpa dia! Kali terakhir aku jumpa dia masa dekat KMPk. Group PLASTIC yang paling mencapap dekat beseri?! who knows? hahahah.. Kelakat bila teringat balik! No komen! 3 tahun dah kot! Cam mane ek?! Harap-harap benda2 yang lepas tuh, udah2 la..peace!

June 15, 2006

Tension tapi sedikit puas hati

Tadi dah masuk kali ke-3 aku tepon pejabat fakulti aku!! Asyik2 tak der! Asyik2 tak der! Dah macam orang gile pergi ulang-alik kat public phone JMG ni

kali-1 14 June 2006 11am
"Maafla en. Shahrul, Pn A (bukan nama sebenar) tak de di pejabat"

kali-2 15 June 2006 8am
" Oh! Pn Z tak de di office la, dia ada kerja dekat bahagian lain"

kali-3 15 June 2006 1130am
" Hmmmm en. Shahrul telefon dalam pukal 2pm nanti la.. boleh??"

ARGHHHHHH!!! Makan gaji buta ke diorg ni??!! Penat tau dah la aku tepon public pakai call nombor 07-55.... mahal tau!! letak 50 sen seminit pun tak sampai..argh!!!!!!!!! Kali ke-4 kalau aku telefon tak der siap la! Memang kena hentam la.. hahahah.. Padan muka hari tu aku dah meng-sound amoi dekat kaunter hospital! Suka hati mak bapak angkat dia jek suruh aku datang ambil ubat hari lain! Banyak cantik! Dah la kena jalan jauh (naik kereta je sebernya nya) lepas tu datang2 kaunter cakap tak boleh... Nasib hang la amoi oi!! Sapa suruh kerja hari ni..

" ini ubat aa lu tarak boleh amik ini ari lo..lu mau mesti datang itu ari lain punya lo"

Wah, wah...dah la aku senyum tak balas! Nah ambik ko tanpa rasa kesian..

" Ini ape kes ni????!! you tulis dekat slip ni, hari ni tarikh nye! Then you cakap ubat tak boleh ambil hari ini??" Apa hal ni??You orang nak buat April Fool ke??" aku menyindir

"Ini tarikh aa, sudah salah lo.."Next time aa You kene ikut tarikh ini" amoi balas sambil tengok atas.. Wah!!! Ingat hang cantik??

dengan muka dan dressing ala-ala pekerja korporat " You orang ni sume kerja ikut planet mana nie? Mana boleh ada dua tarikh plak ni?? YOu tulih tarikh lain, doktor tulih hari lain? Which date that is correct?! i datang awal pagi2 buta ni, tetiba you cakap tak boleh plak??

dalam hati " kerja bagi ubat dekat kaunter jek..dressing kalah Britney! muka macam pesakit aneroxsia nervosa!"

amoi tu dengan tak nak mengaku kalah " Tak boleh maa, ini hari untuk kes emergency maa. Ini ubat kasi hari lain punya datang la!"

adala plak sebelah aku wartawan yang datang menyibuk nak tengok kes perbicaraan ni

" Ok i datang tarikh yang you bagi ni, But if you do same mistake again, you better watch out!!" aku balas sambil membetulkan kolar baju (wah!! over tak story?? Betul eh, cume ada sedikit ditokok tambah agar cerita lebih menarik!)

hahaha..padan muka amoi tu! tau takut..kerja goverment memang la macam nie. Cakap macam keling!(hahaha.. mati la aku tak boleh kerja goverment dah lepas ni!) Actually hal ni dah lama pun jadi. Tapi teringat kes pagi tadi telefon, asyik tak da orang jek! Apa kejadah nyer! Orang email tak balas, ke tak tau guna teknologi..hah! aku dah marah ni nasib la kena kutuk dengan aku..peduli ape aku! (hahaha..mati la aku kalau pn A dan konco2 nya bace blog aku nie!!)

hmm.. selamat hari ni aku punya research pasal PCC ni dah nak hampir habis! Lega la sikit rasa. Kalau tak ayik dok ngadap jek sampel ni.. Bosan pun ada! Hari ni aku, Kak Faridah, En Anuar dan Cik Rohaya ada dekat lab sekali. Wah! meriah nya lab aku! Aku tolong catat jek.. Yang lain2 kita biarkan jela yang mana pakar buat! hahaha.. So result dah dapat. Catat masa and pH. Lepas dah habis boleh la plak buat port mesyuarat dekat lab aku ni?? Apa lagi aku pun tumpang sekaki mendengar segala umpatan-umpatan dan @#$%. hahaha! Bagus2 ini la pekerja yang berdedikasi.. Apa2 pun aku hanya tumpang mendengar occay! Habis tu aku sambung borak dengan kak Faridah. Aku memang suka borak dengan dia. Bukan apa kak Faridah ni sebaya dengan umur mak aku, so macam- macam la dia cerita pasal life dia ni. Aku pun layan la..Hah! ambik ko melarat sampai tengah hari.. Dia banyak cerita pasal hal keluarga dia, anak-anak dia terutama nya.. Tapi pelik dia umur dah 49 thn tapi anak sulung baru tingkatan 2.. Hmm??? mak aku umur 50 tapi anak sulung, dah umur 32. Cucu ada 6 nak masuk 7 lagik.. Lain-lain orang lain cerita ye?!.. Kak Faridah memang understanding and caring giler hal anak2 dia. Semalam dia cerita pasal adik bradik dia dekat aku.. aku tak ingat sangat pasal apa. Apa2 pun she tells me a lot! En. Anuar ni selalu tanya aku pasal English! "Mana la chek tau sangat. Chek pun speaking ala2 Samyvellu jek!" Dia masalah sket dengan english ni. So yang mana aku tau tu aku tolong la.. Yang lain2 tu carik la sendirik ye! Hah! panas2 penyelia aku nak sambung master.. Wah klass! nak naik gaji.. hahahaha.. Kak faridah dah mengadu kat aku

" Banyak la keje akak lepas ni shahrul oi!!"

ye la.. mane yang Tn haji suruh lagi.. Memang banyak la kerja! Tak dapat den nak nolong kak oi!!

June 14, 2006

Aku sangat rajin

Hmm.. rajin la pulak aku semenjak dua menjak ni meng-updated kan blog. Padahal keje aku makin berlabak-lambak ni! Sekarang dah week 6 nak masuk week 7 dah. Data- data analisis aku tak masukkan kat dalam report lagi. Dengan prosedure analisis yang tak paham pastu tak taip lagi, lecturer dari UTM pon tak tahu sape lagi! Aduss.. banyak nyer keje! Hahaha..aku dengan selamber nyer bukak intenet! Ala nanti boss datang aku bukak la page My Document or Microsoft Word ke? Hahahaha.. Selamat tak boleh YM dekat sini, kalau tak lagi la rancak aku mengadap komputer ni.. Tapi memang kena ngadap pun, tak kan aku nak mengadap relau pemanasan tu kot. Lama la semalam aku buat pembakaran untuk sampel dari Pacific Marble. Suhu 800 degree! pergh panas giler! selamat tak terbakar tangan aku ni..basah dengan air pun cepat je kering.. Hari ni continue lagi dengan sampel yang sama but with a different temperature. Hari ni buat dalam suhu 1000 degree.. Hahaha..hari ni aku jadi angkasawan untuk beberapa saat! Kena pakai kostume yang buruk lagi besar tu dengan topeng2 dia sekali..Hahahaha.. Kalau susah-susah aku suruh je en.Anuar yang buat!Korang paham ke ape yang aku tulis ni?? Ni semua kerja-karja dekat JMG.. Semalam my big boss datang .. Tn Haji story pasal PCC ni.. Aku pun bukan paham sangat, setakat reaction2, analisis, titration tu aku paham la..Lepas bincang2, aku buat analisis untuk satu sampel sahaja.!hahaha! Bagus2..so dalam report nanti tak payah la aku tulih panjang2 untuk 3 sampel yang lain.. Tapi baki 3 sampel tu tetap kene buat tapi untuk kegunaan jabatan ni.. My boss cakap presentation nanti tak payah cakap banyak2. Dah dapat present untuk penghasilan PCC di makmal pun dah kira ok dah..Sayang boss!!hahaha..

Semalam aku baca blog senikami, budak2 AF dapat lagu baru.. sekarang dah tak sempat nak tengok diariy..kul 10pm dah ngantuk! Dah agak dah lagu2 semalam tu mana la penah dengar! Karut jek! Minggu ni lagu semua tak best.. M Nasir, Awie pastu ada la lagi..ntah aku pun tak tahu sape penyanyi dia.. Tapi aku tak sabar nak tangok VELVET nyanyi lagu Ratu- Teman Tapi Mesra.. Mesti kecah giler! Salima dapat lagu Juliana Banos- Obsessi.. Hahaha! musti gedik nak mampus nanti.. Abih la ko Salima kene kutuk.. Apa2 pun salima bukan pilihan aku..so lantak la dia.. FAIZAL dapat lagu memang lagu untuk dia!.. Dari Blues Gang kot.."Ganu Kita!" Yang lain2 aku malas nak ambil tahu.. Lagu semua tak best. Memang tahun ni AF memang tak feel.. Tahun lepas kalau tak tengok dairi mesti rasa rugi! sebab apa? sebab Mawi la.. hahahaha..Tapi tahun ni, tak tengok pun tak per.. Harap-harap minggu ni Haziq or Rich yang keluar.. Keluar dua-dua lagi bagus!Haziq asyik menggeletar jek.. Rich pulak kesian aku tengok asyik dapat lagu2 lama jek.. Lagipun Rich kan dah ada band sendiri.. Siap masuk channal 16 lagi dekat Astro..

Dah lama aku tak massage budak2 coursemate aku! Sume asyik busy jek.. Yela dah week 6! Asrul, eika, pun dah lama aku tak message.. Massage aiman, tapi tak balas! Harap jek dok umah tak balas pun sms aku.. Acie pun tak balas..huhuhu.. Sue baru message semalam! Bila la nak balik UTM ni.. Tak sabar nak balik G29..Oh kondo@hostel aku tuh.. Boleh aku ronggeng puas2.. Semester ni dapat bilik baru.. Tapi depan bilik lama jek.. Tak kisah la..

June 13, 2006

Teringat Zaman Sekolah

Semalam lepas habis kerja dalam pukul 5pm aku terus pergi punch card dekat main office. Sempat la jumpa staf-staf yang lain. Dengan muka aku yang penat ni, aku senyum buat-buat je la..huhuhu. Lepas tu aku dengar bunyi 'brassband'. Eh ape hal plak nie? Ada menteri nak datang bandar ipoh nie ke? Jalan-jalan sket..oh budak sekolah STAR yang main brassband! Aku ingat majlis keramaian sape la petang-petang macam ni..buat jammed je depan jalan ni!hahaha..Aku terus teringat waktu sekolah KE form 1-3. Aku pun bekas ahli brassband jugak!apsal gelak?tak caya eh?betul..(kalau fariz baca ni mesti dia pun angguk)ada alat aku! aku pun tak ingat apa nama alat aku dulu..tapi lebih kurang macam 'bellra'..ntah aku pun tak sure betul ke ejaan dia! tapi yang pasti alat ni dulu aku, anuar and hafez je main tau!tapi aku la yang paling lama..sebab ape??sebab, aku boleh main alat ni sajork!dah la berat..kena pegang sepanjang marching!hahahaha..aku tak boleh nak main alat-alat yang meniup..kesian aku..(mati la aku kalau saiful baca)Setiap kali hari sukan, hari kemerdekaan pancaragam KE mesti mengelabah!hahaha (hanya ahli2 pancaragam KE sahaja yang tahu!)Cikgu Alishah yang conduct masa aku dulu lepas tu cikgu ape ntah..aku pun tak ingat! Cikgu Alishah ni kecoh je lebih,tensen betul..balik-balik datang meeting pancaragam mengumpat cikgu lain, boleh?? (Cikgu, semua ini adalah kenyataan, jangan nak berdalih) Khairy, Azie, Hanizan,Saiful,Hafez, Abg Zul, Abg Razak, Fariz, Anuar yang ni je kot ahli2 super VVIP yang aku ingat (kepada ahli2 tertentu sahaja yang tahu). Yang mana aku lupa tu sorry la mungkin anda tidak 'se-fofuler' SHAH dulu..Ala si khairy tu bukan reti main pun, miming je tiap2 kali ade show!bukan nyer orang tak tahu.saje je datang nak ekspose. Aku & Anuar main bellra then Abg Zul, Abg Razak (boleh ke dia main??bukan miming je ke??) & Hafez main clarinet, Fariz & Hanizan main euphonium (pemain alat ini mengikut saiz alat..hahaha! mati la kena laser dengan fariz), Azie is miss saxophone and Saiful ratu gila trombone!hahaha anak2 didik dia semua pendek2 macam dia(hahaha mati la aku kene pancung dengan dia!) Pemain drum semua aku tak ingat sangat nama diorg sebab diaorg bukan ahli2 super VVIP. Kalau ade show masa hari sukan mesti tidur dekat surau sekolah. Padahal asrama dekat je. Hahahaha..no komen! kalau 31 ogos memang penat..dah la kena round satu Taiping! Penat tau..lepas tu brassband SERATAS, HUA LIAN lagi power!huhuhu..Kitorg semua miming sebab dah 'tak koser' bak kata abg razak..hahaha.. tapi dulu bila cakap je ada latihan pancaragam mesti seronok. Bukan apa aku boleh ponteng kelas waktu petang.hahaha. Latihan dekat padang bawah pokok..Kene kawat semua nyer lari. Hampeh betul! Tapi aku dengar cerita sekarang brassband KE dah ada alat-alat baru! (hahaha..bukan reti main pun)Apa-apa pun it was so memorable! Bila la aku nak jumpa balik korang semua! By the way Azie & Khairy tu hidup lagi ker??

June 12, 2006

Pertama Kali

Pertama Kali

Actually ni bukanlah pertama kali aku tulis. Cuma kali ini versi yang lain pula. Kenapa la tetiba aku boleh minat nak menulis??ntah..aku pun kurang pasti..Ini semua gara-gara aku suka membaca blog sultanmuzaffar.blogspot kot..hahaha! Tak kisah lah, buat masa ni aku memang banyak masa.. Datang opis pun tak banyak sangat kerja. Tapi bila dah start semester baru, aku pun tak pasti lagi!

Kerja

Minggu ni dah masuk minggu yang ke-6. Aku hanya ada lagi baki 4 minggu untuk berulang alik ke JMG ni. Aku dah naik bosan. Bukan apa kadang-kadang takda kerja langsung sampai aku nak termuntah bermain internet! Dari pagi sampai ke petang aku mengadap komputer!Tapi satu hari tu, banyak la pulak kerja. Aku pun tak tahu nak mula yang mana satu..Biasa la kerja di goverment, ada bagus dan tak..hahahaha. Hari ini aku terus ke makmal. Buat ujian LOI. Aku pun tak tahu apa la yang diterangkan oleh kak Faridah. Aku mengangguk dan kata ya, ok, ooo, macam tu...hahahaha.. Mana la aku paham dia cerita pasal "furnace".. Dalam hati..whatever! Tapi baru la aku tahu macam mana alam pekerjaan. Aku dah tak sabar nak balik UTM ni! Bercakap pasal UTM ni, aku tak tahu lagi sapa pensyarah aku yang akan datang?? Sapa hah? Jangan-jangan Dr. Umi tak??hahaha.. matila aku!eh Dr. Umi ok apa?? apa-apa la..

AF 4

hmm..aku bukan la reti sangat nak komen pasal AF ni..tapi tak kisah la..semua ni imaginasi aku!peduli apa..Af minggu ni bagi aku, Velvet is the best! Suara velvet memang power habis! Bagi aku velvet nyanyi lain dari sharifah zarina! It was awesome! Memang "keles" suara velvet.. Tapi bagi pendapat aku, velvet tak da pakej la.. Aku percaya pada pendapat Paul Moss.. Pakej lagi penting dari mempunyai bakat sahaja. Pakej adalah mempunyai bakat dan suara. Ramai orang cakap punyai suara sahaja sudah cukup.. Ah!aku tak percaya..Tengok la Adibah Noor, Dayang, Idayu AF3, Sarah..Suara memang power habis tapi kurang publisiti.. Ini pendapat aku la..Peserta lain yang aku suka ialah Faizal.. Suara Faizal memang sesuai dengan lagu-lagu yang dia bawa setakat ini.. Tapi yang kelakarnya time faizal nyanyi ada jugak loghat terengganu dia! Aku gelak sampai nak pecah perut! hahahaha... Haziq nyanyi memang menggeletar habis..sampai Mawi datang pun haziq masih menggeletar lagi! Rich memang kena hentam habis dengan Bob Lokman.. Oh my God! Aku terkejut habis komen bob lokman! Salima bagi aku ok saja..Salima bukanlah pilihan aku..Tak tahu kenapa.. Pilihan aku setakat ni ialah FAIZAL, DIDDY, FARHAN dan VELVET..Lagu salima agak mengantuk.. Salima menyanyikan lagu hindustan. Kalau tak silap dari filem mann! ah mengantuk la! Diddy menarik. Hmmm boleh la mamat ni menari.. Amirul?? suks!! aku memang tak suka si amirul ni.. malas la nak komen dia ni..hahaha. Farhan, Karen dan zila biasa saja. Aku memang suka lagu zila- jika kau kekasih! Farhan masih lagi dapat lagu lama..Harap-harap minggu ni dia dapat lagu yang moden plak! Karen memang aku tak minat..tapi ini strategi astro.. Mesti la diaorg ambil one chinese.. nak pancing undi!hahaha.. Lotter memang lawak! Lotter ni memang sesuai ganti felix la aku rasa..akhirnya Karen is voting out! hmm tak per la..ikut persembahan sesuai la kot!

World Cup

hahaha!pelik giler..aku pun tak tahu macam mana aku boleh tengok match German vs Costa Rica. Boleh pula aku layann bola pukul 12am sorang2.. German menang 4-2.. Mana la pernah aku pernah tengok bola! Sambung pula esok England vs Paraguay..apa la..gol sendiri..England menang 1-0..Tapi aku rasa abang dan abang ipar aku memang tak tidur ni..Hantu bola betul..aku pun tak paham..maybe minat masing-masing kot! Aku nak tengok match Brazil plak lepas ni..hahaha aku pun tak pasti..betul ke aku ni tengok bola??hhaha

GOL & gINCU

BEST! aku sebelum ni memang jarang tengok drama-drama melayu ni.. Bukan apa kadang-kadang tu dah tahu apa kesudahan cerita.. Melainkan drama melayu arahan Rasid Sibir! by the way drama gol & gincu ni dah episode 2.. minggu lepas tak sempat tengok..Aku lupa! lagipun kakak aku ni demand sket! aku suka tengok dressing, gaya hidup, style, fashion dalam drama ni..bukan apa, gol & gincu ni pasal life student dekat universiti.. lagipun pelakon dia pun semua remaja..so takder la..skrip-skrip yang skema!best la! tapi dalam cerita ni dekat Lim Kok Wing University la..Kalau tak mane ada student pakai skirt semua..Dekat ipta?? musti orang cakap buang tebiat kalau pakai!hahahaha.. pelakon drama bersiri ni pon memang havoc! ada kartini, asraf, pierre, fazura, sazzy falak and ramai la..aku pun tak ingat nama! hmm jalan cerita aku tak paham sangat..maybe aku tak tengok 1st episode..so tak kisah la..drama-drama melayu ni semua lebih kurang sama jek..aku cinta kau!kau tak cinta aku..aku gaduh dengan kau !aku baik dengan kau..hhahaha..balik-balik sama jek.. apa2 pun minggu depan aku terpaksa berebut channel dengan kakak aku!

P/S Tak sabar nak tengok one in the million minggu depan!

June 09, 2006

Coming Soon!

tunggu ya!!
segala-gala mengenai dunia aku dan kamu...