July 03, 2006

Brazil - Mawi - Siti Nurhaliza - Durian

UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA MAWI...AL-FATIHAH

Sudah seminggu aku tidak meng-updated-kan blog ni. Sorry ya!! Aku betul-betul busy 2-3 minggu yang akhir ni. Hari khamis ni aku ada presentation dekat industri ni. So, kenalah prepare yang betul-betul. Text ucapan pun aku belum buat lagi. Bukan apa, kalau dekat utm aku tak kisah sangat. Balik-balik semua budak kuliah. Tapi kali ni aku presentation depan Pengarah JMG, Timbalan Pengarah dan semua pegawai-pegawai atasan. Huhuhu. Matilah aku!! Mana tak nya, aku dah buat slide dalam BM, habis-habis bila pikir balik, buat dalam english la! hilang la standard aku buat dalam BM!. Minggu lepas ada jamuan untuk student praktikal. Memng best! Makanan boleh tahan! Lepas Timbalan cakap-cakap, macam kena present dalam English jek?? (well.. i don't mind!)Bila lagi nak mencapap depan Pengarahkan?? la la la la la la la

Banyak yang berlaku dalam masa seminggu ni. Brazil kalah, Mawi putus tunang, durian, hadiah dan yang paling aku suka adalah "Salima is OUT from AF!"hahaha. berambus jugak akhirnya dia. Aku story dulu la pasal Brazil. Aku memang geram bila tengok Brazil main. Permainan memang dikuasai oleh pemain utama Perancis, Zidane. Bagi aku pemain hebat Brazil macam Ronaldinho, Ronaldo and Kaka semua main macam biasa sajork! Dah la aku pun tak reti sangat nak komen banyak-banyak. Apa-apa pun aku sokong Portugal dan Perancis masuk final nanti. Kepada skuat England, hahaha anda memang layak untuk kalah! Apasal la si Bechkam tu, kalau dia yang buat sepakan penalty mesti dah gol punyer! Rooney pun bengong. Suka-suka hati je tolak C. Ronaldo. kan dah kena kad merah! Ala..England populariti je lebih.(kepada aiman, Englang dah kalah!la la la la)German tak aci!tak aci! menang penalty 4-2 dengan Argentina. Ala German harap Ballack jek lebih.Semangat betulkan aku tengok bola sampai 5 pagi!

Berita sensasi!MAWI putus tunang??hahaha. AKu memang dah tak suka si Mawi ni. Banyak sangat story pasal dia akhir-akhir ni. Menyanyi dah tak seberapa, populariti je yang lebih-lebih. Menyesal aku sokong dia dulu waktu AF3 (kantoi aku minat mawi). Nampaknya lepas ni aku beli album Mawi yang cetak rompak dah la. la la la la. Memang dah agak dah, bila jadi kaya tak nak yang miskin. Mana janji-janji kau mawi waktu AF3 dulu?? Peminat dekat channel @15 kebanyakkan dah tak minat kau dah. Habis la mawi. Mawi cakap, Ina bukan pilihan family dia. Aik?? dulu waktu AF3, cakap Ina keluarga dia yang pilih?! Mana satu ni?? Kalau mawi dah berubah memang aku percaya. Yela dari miskin menjadi seorang yang kaya! Populer satu Malaysia pulak tuh! Lupa daratan la tu (sms dari kak Jaja). Kadang-kadang betul juga apa yang media tulis ni. Macam kes fitnah email siti dulu. Some of the fact is true! ya! cerita tu memang betul. Aku percaya pada certain-certain kenyataan dekat email tu. Tak payah la nak tulis dekat sini nanti aku pulak yang masuk makhamah! Yang pasal email penceraian Erra dulu pun ada jugak yang cakap kes email fitnah. Tapi memang betul pun dia dah bercerai waktu email tu dah di publish! See?? The email is always true. Dan yang menjadi masalah nyer bila ada orang suka tokok tambah dalam sesuatu cerita tu..alahai mawi

Hari ni aku baca berita harian "Kata Teman: Terimalah hakikat Siti milik Datuk K" Memang ramai yang asyik perkata hal Siti-datuk K. tak kira la, aku balik rumah orang cakap, dekat office, staff cakap. Pendek kata dekat mana-mana la! Alahai siti... Aku tak kisah Siti nak kahwin dengan sapa pun. dah banyak kali aku cakap, Siti kahwin ke, tak kahwin ke, anak dara tua ke, apa ke...aku tak kisah. aku tak berminat dengan kisah hidup dia. Biarlah dia nak kahwin dengan siapa pun! Peminat?? Aku pun peminta siti jugak.. Tak payah la yang peminat-peminat siti tu nak berperang pasal jodoh dia. Memang la naik turun seseorang artis tu peminat dia yang berkuasa, tapi kalau dah hal jodoh pun nak tentukan..teruk la macam ni. Aku pun pelik la orang-orang macam ni. Ada seorang kawan mak aku tu, bukan main lagi kutuk siti. Kata tak sesuai la, itu la ini la! hello?? Kau tu siapa?? Mak bapak dia ke?? Yang nak sibuk sangat tu apesal?? Ntah-ntah beli album siti pun tak pernah! Betul jugak sesetengah pendapat orang, orang yang muda biarlah kahwin yang sebaya. Hidup tu nanti lagi mudah. Orang cakap la. Betul jugak, tapi kalau dah jodoh yang dengan orang yang lebih umur?? Apa salah nya.. Siti bertambah-tambah kaya!! aku tetap sokong kerjaya siti sampai bila-bila!! Album siti aku jadi saksi tau..dari 1st album aku kumpul..(hahaha.aku riak!)

Memang best weekend hari tu. Aku balik Beruas dapat makan durian! durian! and durian lagi! Kuah durian cicah dengan roti, cucur durian dan yang paling best ialah sambal tempoyak!! ya!! aku memang orang perak yang TULEN occay! So, tak payah nak malabel-label aku... Minggu ni aku balik last kat rumah. Nak makan durian puas-puas. Cuma hari tu tak sempat nak makan gulai tempoyak jek. Next week Kak Wanie balik. Dah lama tak jumpa Aliya. Wah!! mesti meriah rumah aku! Hmm kak Jaja tak tahu nak balik ke tak. kadang-kadang bila satu family berkumpul sambil makan durian sama-sama best jugak! By Sabtu next-next week 15hb aku dah balik UTM! Ya! tak sabar nak balik U! Ke kuliah kita segera...

Nanti aku story pasal konsert AF

3 comments:

zhi shu said...

shah ke kuliah kite segera?!! aku tak sangka ko ada passion yg tinggi nk stat uni...bagos2 ;)
aku NAK DURIAN JUGAKKKKKKKKKK!!
shah2...q pegi mana? cube ko tanya die sket die pegi mana nnt? ahaks

Shunjike7 said...

huhuhu, aku nak makan durian...

sHaH said...

Durian??
sedap woo..
meh la jemput ke rumah aku..
aku makan durian sampai panas2 badan
huhuhuhu
nnt aku post tempoyak
(matila mas buat menu baru sambal tempoyak atas kapal terbang!!)