June 13, 2006

Teringat Zaman Sekolah

Semalam lepas habis kerja dalam pukul 5pm aku terus pergi punch card dekat main office. Sempat la jumpa staf-staf yang lain. Dengan muka aku yang penat ni, aku senyum buat-buat je la..huhuhu. Lepas tu aku dengar bunyi 'brassband'. Eh ape hal plak nie? Ada menteri nak datang bandar ipoh nie ke? Jalan-jalan sket..oh budak sekolah STAR yang main brassband! Aku ingat majlis keramaian sape la petang-petang macam ni..buat jammed je depan jalan ni!hahaha..Aku terus teringat waktu sekolah KE form 1-3. Aku pun bekas ahli brassband jugak!apsal gelak?tak caya eh?betul..(kalau fariz baca ni mesti dia pun angguk)ada alat aku! aku pun tak ingat apa nama alat aku dulu..tapi lebih kurang macam 'bellra'..ntah aku pun tak sure betul ke ejaan dia! tapi yang pasti alat ni dulu aku, anuar and hafez je main tau!tapi aku la yang paling lama..sebab ape??sebab, aku boleh main alat ni sajork!dah la berat..kena pegang sepanjang marching!hahahaha..aku tak boleh nak main alat-alat yang meniup..kesian aku..(mati la aku kalau saiful baca)Setiap kali hari sukan, hari kemerdekaan pancaragam KE mesti mengelabah!hahaha (hanya ahli2 pancaragam KE sahaja yang tahu!)Cikgu Alishah yang conduct masa aku dulu lepas tu cikgu ape ntah..aku pun tak ingat! Cikgu Alishah ni kecoh je lebih,tensen betul..balik-balik datang meeting pancaragam mengumpat cikgu lain, boleh?? (Cikgu, semua ini adalah kenyataan, jangan nak berdalih) Khairy, Azie, Hanizan,Saiful,Hafez, Abg Zul, Abg Razak, Fariz, Anuar yang ni je kot ahli2 super VVIP yang aku ingat (kepada ahli2 tertentu sahaja yang tahu). Yang mana aku lupa tu sorry la mungkin anda tidak 'se-fofuler' SHAH dulu..Ala si khairy tu bukan reti main pun, miming je tiap2 kali ade show!bukan nyer orang tak tahu.saje je datang nak ekspose. Aku & Anuar main bellra then Abg Zul, Abg Razak (boleh ke dia main??bukan miming je ke??) & Hafez main clarinet, Fariz & Hanizan main euphonium (pemain alat ini mengikut saiz alat..hahaha! mati la kena laser dengan fariz), Azie is miss saxophone and Saiful ratu gila trombone!hahaha anak2 didik dia semua pendek2 macam dia(hahaha mati la aku kene pancung dengan dia!) Pemain drum semua aku tak ingat sangat nama diorg sebab diaorg bukan ahli2 super VVIP. Kalau ade show masa hari sukan mesti tidur dekat surau sekolah. Padahal asrama dekat je. Hahahaha..no komen! kalau 31 ogos memang penat..dah la kena round satu Taiping! Penat tau..lepas tu brassband SERATAS, HUA LIAN lagi power!huhuhu..Kitorg semua miming sebab dah 'tak koser' bak kata abg razak..hahaha.. tapi dulu bila cakap je ada latihan pancaragam mesti seronok. Bukan apa aku boleh ponteng kelas waktu petang.hahaha. Latihan dekat padang bawah pokok..Kene kawat semua nyer lari. Hampeh betul! Tapi aku dengar cerita sekarang brassband KE dah ada alat-alat baru! (hahaha..bukan reti main pun)Apa-apa pun it was so memorable! Bila la aku nak jumpa balik korang semua! By the way Azie & Khairy tu hidup lagi ker??

1 comment:

Anonymous said...

wei, camna nak buat link ke website lain ha? macam ko buat link ke blog aku?