June 14, 2006

Aku sangat rajin

Hmm.. rajin la pulak aku semenjak dua menjak ni meng-updated kan blog. Padahal keje aku makin berlabak-lambak ni! Sekarang dah week 6 nak masuk week 7 dah. Data- data analisis aku tak masukkan kat dalam report lagi. Dengan prosedure analisis yang tak paham pastu tak taip lagi, lecturer dari UTM pon tak tahu sape lagi! Aduss.. banyak nyer keje! Hahaha..aku dengan selamber nyer bukak intenet! Ala nanti boss datang aku bukak la page My Document or Microsoft Word ke? Hahahaha.. Selamat tak boleh YM dekat sini, kalau tak lagi la rancak aku mengadap komputer ni.. Tapi memang kena ngadap pun, tak kan aku nak mengadap relau pemanasan tu kot. Lama la semalam aku buat pembakaran untuk sampel dari Pacific Marble. Suhu 800 degree! pergh panas giler! selamat tak terbakar tangan aku ni..basah dengan air pun cepat je kering.. Hari ni continue lagi dengan sampel yang sama but with a different temperature. Hari ni buat dalam suhu 1000 degree.. Hahaha..hari ni aku jadi angkasawan untuk beberapa saat! Kena pakai kostume yang buruk lagi besar tu dengan topeng2 dia sekali..Hahahaha.. Kalau susah-susah aku suruh je en.Anuar yang buat!Korang paham ke ape yang aku tulis ni?? Ni semua kerja-karja dekat JMG.. Semalam my big boss datang .. Tn Haji story pasal PCC ni.. Aku pun bukan paham sangat, setakat reaction2, analisis, titration tu aku paham la..Lepas bincang2, aku buat analisis untuk satu sampel sahaja.!hahaha! Bagus2..so dalam report nanti tak payah la aku tulih panjang2 untuk 3 sampel yang lain.. Tapi baki 3 sampel tu tetap kene buat tapi untuk kegunaan jabatan ni.. My boss cakap presentation nanti tak payah cakap banyak2. Dah dapat present untuk penghasilan PCC di makmal pun dah kira ok dah..Sayang boss!!hahaha..

Semalam aku baca blog senikami, budak2 AF dapat lagu baru.. sekarang dah tak sempat nak tengok diariy..kul 10pm dah ngantuk! Dah agak dah lagu2 semalam tu mana la penah dengar! Karut jek! Minggu ni lagu semua tak best.. M Nasir, Awie pastu ada la lagi..ntah aku pun tak tahu sape penyanyi dia.. Tapi aku tak sabar nak tangok VELVET nyanyi lagu Ratu- Teman Tapi Mesra.. Mesti kecah giler! Salima dapat lagu Juliana Banos- Obsessi.. Hahaha! musti gedik nak mampus nanti.. Abih la ko Salima kene kutuk.. Apa2 pun salima bukan pilihan aku..so lantak la dia.. FAIZAL dapat lagu memang lagu untuk dia!.. Dari Blues Gang kot.."Ganu Kita!" Yang lain2 aku malas nak ambil tahu.. Lagu semua tak best. Memang tahun ni AF memang tak feel.. Tahun lepas kalau tak tengok dairi mesti rasa rugi! sebab apa? sebab Mawi la.. hahahaha..Tapi tahun ni, tak tengok pun tak per.. Harap-harap minggu ni Haziq or Rich yang keluar.. Keluar dua-dua lagi bagus!Haziq asyik menggeletar jek.. Rich pulak kesian aku tengok asyik dapat lagu2 lama jek.. Lagipun Rich kan dah ada band sendiri.. Siap masuk channal 16 lagi dekat Astro..

Dah lama aku tak massage budak2 coursemate aku! Sume asyik busy jek.. Yela dah week 6! Asrul, eika, pun dah lama aku tak message.. Massage aiman, tapi tak balas! Harap jek dok umah tak balas pun sms aku.. Acie pun tak balas..huhuhu.. Sue baru message semalam! Bila la nak balik UTM ni.. Tak sabar nak balik G29..Oh kondo@hostel aku tuh.. Boleh aku ronggeng puas2.. Semester ni dapat bilik baru.. Tapi depan bilik lama jek.. Tak kisah la..

No comments: