June 15, 2006

Tension tapi sedikit puas hati

Tadi dah masuk kali ke-3 aku tepon pejabat fakulti aku!! Asyik2 tak der! Asyik2 tak der! Dah macam orang gile pergi ulang-alik kat public phone JMG ni

kali-1 14 June 2006 11am
"Maafla en. Shahrul, Pn A (bukan nama sebenar) tak de di pejabat"

kali-2 15 June 2006 8am
" Oh! Pn Z tak de di office la, dia ada kerja dekat bahagian lain"

kali-3 15 June 2006 1130am
" Hmmmm en. Shahrul telefon dalam pukal 2pm nanti la.. boleh??"

ARGHHHHHH!!! Makan gaji buta ke diorg ni??!! Penat tau dah la aku tepon public pakai call nombor 07-55.... mahal tau!! letak 50 sen seminit pun tak sampai..argh!!!!!!!!! Kali ke-4 kalau aku telefon tak der siap la! Memang kena hentam la.. hahahah.. Padan muka hari tu aku dah meng-sound amoi dekat kaunter hospital! Suka hati mak bapak angkat dia jek suruh aku datang ambil ubat hari lain! Banyak cantik! Dah la kena jalan jauh (naik kereta je sebernya nya) lepas tu datang2 kaunter cakap tak boleh... Nasib hang la amoi oi!! Sapa suruh kerja hari ni..

" ini ubat aa lu tarak boleh amik ini ari lo..lu mau mesti datang itu ari lain punya lo"

Wah, wah...dah la aku senyum tak balas! Nah ambik ko tanpa rasa kesian..

" Ini ape kes ni????!! you tulis dekat slip ni, hari ni tarikh nye! Then you cakap ubat tak boleh ambil hari ini??" Apa hal ni??You orang nak buat April Fool ke??" aku menyindir

"Ini tarikh aa, sudah salah lo.."Next time aa You kene ikut tarikh ini" amoi balas sambil tengok atas.. Wah!!! Ingat hang cantik??

dengan muka dan dressing ala-ala pekerja korporat " You orang ni sume kerja ikut planet mana nie? Mana boleh ada dua tarikh plak ni?? YOu tulih tarikh lain, doktor tulih hari lain? Which date that is correct?! i datang awal pagi2 buta ni, tetiba you cakap tak boleh plak??

dalam hati " kerja bagi ubat dekat kaunter jek..dressing kalah Britney! muka macam pesakit aneroxsia nervosa!"

amoi tu dengan tak nak mengaku kalah " Tak boleh maa, ini hari untuk kes emergency maa. Ini ubat kasi hari lain punya datang la!"

adala plak sebelah aku wartawan yang datang menyibuk nak tengok kes perbicaraan ni

" Ok i datang tarikh yang you bagi ni, But if you do same mistake again, you better watch out!!" aku balas sambil membetulkan kolar baju (wah!! over tak story?? Betul eh, cume ada sedikit ditokok tambah agar cerita lebih menarik!)

hahaha..padan muka amoi tu! tau takut..kerja goverment memang la macam nie. Cakap macam keling!(hahaha.. mati la aku tak boleh kerja goverment dah lepas ni!) Actually hal ni dah lama pun jadi. Tapi teringat kes pagi tadi telefon, asyik tak da orang jek! Apa kejadah nyer! Orang email tak balas, ke tak tau guna teknologi..hah! aku dah marah ni nasib la kena kutuk dengan aku..peduli ape aku! (hahaha..mati la aku kalau pn A dan konco2 nya bace blog aku nie!!)

hmm.. selamat hari ni aku punya research pasal PCC ni dah nak hampir habis! Lega la sikit rasa. Kalau tak ayik dok ngadap jek sampel ni.. Bosan pun ada! Hari ni aku, Kak Faridah, En Anuar dan Cik Rohaya ada dekat lab sekali. Wah! meriah nya lab aku! Aku tolong catat jek.. Yang lain2 kita biarkan jela yang mana pakar buat! hahaha.. So result dah dapat. Catat masa and pH. Lepas dah habis boleh la plak buat port mesyuarat dekat lab aku ni?? Apa lagi aku pun tumpang sekaki mendengar segala umpatan-umpatan dan @#$%. hahaha! Bagus2 ini la pekerja yang berdedikasi.. Apa2 pun aku hanya tumpang mendengar occay! Habis tu aku sambung borak dengan kak Faridah. Aku memang suka borak dengan dia. Bukan apa kak Faridah ni sebaya dengan umur mak aku, so macam- macam la dia cerita pasal life dia ni. Aku pun layan la..Hah! ambik ko melarat sampai tengah hari.. Dia banyak cerita pasal hal keluarga dia, anak-anak dia terutama nya.. Tapi pelik dia umur dah 49 thn tapi anak sulung baru tingkatan 2.. Hmm??? mak aku umur 50 tapi anak sulung, dah umur 32. Cucu ada 6 nak masuk 7 lagik.. Lain-lain orang lain cerita ye?!.. Kak Faridah memang understanding and caring giler hal anak2 dia. Semalam dia cerita pasal adik bradik dia dekat aku.. aku tak ingat sangat pasal apa. Apa2 pun she tells me a lot! En. Anuar ni selalu tanya aku pasal English! "Mana la chek tau sangat. Chek pun speaking ala2 Samyvellu jek!" Dia masalah sket dengan english ni. So yang mana aku tau tu aku tolong la.. Yang lain2 tu carik la sendirik ye! Hah! panas2 penyelia aku nak sambung master.. Wah klass! nak naik gaji.. hahahaha.. Kak faridah dah mengadu kat aku

" Banyak la keje akak lepas ni shahrul oi!!"

ye la.. mane yang Tn haji suruh lagi.. Memang banyak la kerja! Tak dapat den nak nolong kak oi!!

6 comments:

zhi shu said...

shah! sronok nye melaser..nak tegelak aku ahahhaha cayalah! kelaseran mu sentiasa unggul!

sHaH said...

well.. tak kan ko tak kenal aku?? qama dah balek mesia..aku ingat nk jumpa dia sabtu ni

zhi shu said...

tau..dah jumpe die storila sini sikit..okie?

zhi shu said...

owh okla..sampaikan salam aku tu pon kalau die ingat aku lg ahhaha

Anonymous said...

hmm..tak jmp lagi..tgh plan..okeh!

Anonymous said...

kau ni mcm tak biasa jer dgn utm kesygan kau lagi2 KRP _dari aku fazli