August 10, 2006

Aku yang berbelah bahagi

Senamrobik

Hmm..sedey tau..semalam aku dapat sms dari si K mengatakan aku tak boleh join senamrobik kolej 16. Penat!! Penat aku berlatih seminggu. Tiap-tiap hari malam berlatih sampai pukul 1am..Teruk btol! siut jek. Ntah apa2 la KRP ni, ingatkan tak nak hantar wakil, alih-alih si K kata nak hantar jugak wakil. Pastu kalau aku join senamrobik kolej 16, nak protess. Sebab aku join kolej lain! Hanjengss betol!!

Huhuhu..kitaorang dah berlatih sampai lagu ketiga dah. Kalau tak silap tinggal lagu tradisional je yang belum cuba lagi. Syarat pertandingan lagu UTM and Lagu tradisional adalah wajib. Pastu masa adalah selama 10 minit. So total semua setelah di edit ada lebih kurang 4-5 lagu la..Bayangkanlah nak buat senamrobik selama 10 minit tanpa henti! choi sangat! Nampaknya aku tak join mana-mana pertandingan pon semester ni. Baru nak jadi pemain import untuk senamrobik kolej 16. hehehehe

Tapi untuk menjadi lebih fair, aku tak masuk jugak untuk KRP, yang mana kolej kesayangan aku ni. Sayang ke?? Yela kan, aku masuk untuk KRP nanti macam aku belot pulak untuk step-step kolej 16 kan. Kalau aku masuk jugak untuk kolej 16, nanti sure-sure la kena protes. (Walaupun si K kata aku tak kan di protes kalau aku join untuk kolej 16) kalau tak menang tak pe la, kalau menang tak ke naya je kimi, halle and budak-budak lain. So, aku sekarang jadi pengurus jerk untuk kolej 16. wah?? berangan nih..hahaha.aku la nanti tukang amik gamba, bagi air.. camera man jerk nanti.

Aku pelik betol la KRP ni, pertandingan jumaat malam ni. Malam tadi baru berlatih.Boleh?? Aku kata tak payahla hanta wakil, nanti waktu pertandingan buat kena boo jek. Bebudak kolej lain mulut boleh tahan jugak. Tapi diorang nak hanta jugak, biarla. Aku tengok jek. Nanti.. aku sokong semua kolej jerk.hahaha. KTR sure mantap punya. Tak sabar nak tengok pertandingan Jumaat ni.

Malas

Aku ingat ada intenet kat bilik boleh la updated hari-hari. Tapi nampaknya semua itu hanyalah angan2 kosong sajork. Yela dengan assignment nya, kuiz la, test la, program Degree ++ la (wajib plak tu)..Banyak betul la.. PSM lagi. Tadi baru dapat method. Itupun pagi tadi sebelum jumpa Dr. Rusmidah kelam kabut pegi print! hahaha. Pastu nak print plak file PDF tak boleh baca! siut jek.. Turun plak pegi edit2 dekat word. Last-last sampai lab Pn. Khaidawati yang bagi method.hahaha. Lecturer aku cakap eksperimen tak boleh start lagi minggu ni. Sebab chemicals untuk projek aku tak sampai lagi. Bagus2.. Nanti semester depan aku je yang terkial-kial buat amali sensorang..huhuhu

So, PSM skag aku just baca and buat method aku dulu. Siap baru check dengan Pn. Khaidawati. Sebenarnya kalau tak silap aku projek aku ni join adventure antara Dr. Rusmidah dengan Pn. Khaidawati. So, kiranya aku ada dua orang penyelia lah. hahaha. senang sikit .. Overall tadi penerangan ok la, method pun senang. Reaction untuk hasilkan mangkin pon senang. Takder la pakai alat2 radas yang pelik.Aku suka! Aku suka!

No comments: