October 20, 2006

Selamat Hari Raya!!

Hi uols..

Sorry banyak sebab lambat updated.. Minggu ni rasa seronok sgt sebab semua assignment,test dah habis..Semua kerja dah setel.. So, i'm free now!!!

Hmmm...by the way skag ni aku tengah dgr lagu-lagu raya.. Yela lagi 4 hari nak raya. bdak-bdak kat UTM nipon dah beransur-ansur balik.. maybe mlm ni la kot yang ramai balik.. Petang ni pian ajak pegi Angsana.. dia nak beli apa ntah utk mak dia..hmmm aku dah pegi dah hari rabu hari tuh, tapi ptg ni pon tak buat apakan, pegi je la.. Dah la duit takder ni...huhuhu

So, di kesempatan bulan syawal yang akan berkunjung tiba ni, aku just nak wish kat korang semua selamat hari raya aidilfitri ..maap zahir batin.. Kalau ada salah silap waktu dulu-dulu kira langsai la..hehehe...Korang yang beraya kat oversea tuh, jgn lupa aku kat sini eh.. nanti aku makankan apa2 yang best kat rumah aku untuk korang semua...Kepada abg am & kak jaja & sarah & hakim selamat sampai di terenggganu..diorang baru bertolak petang tadi.. Kepada kwani & abg emran & aliya tak tahu bila diorang balik Dungun..maybe besok kot.. so, selamat sampai..jgn lupa bawak balik apa2 dari t'ganu bila balik perak nanti tau!! Kak long + abg bal +mukriz +batrisyia+irfan kita jumpa kat beruas nnt..huhuhu..Raya ke-3 baru la kita jumpa semua eh!!

Aku tak online YM, blogger selama 2 minggu lebih.. aku akan balik semula ke utm on 31 oktober nanti..pagi 1 november baru aku sampai..So, lagi satu yang paling penting yang korang kene tahu ialah pada 31 oktober ni ialah BESDAY AKU!! So jgn lupa untuk meng-wish-kan aku yang semakin muda nih.. hahaha...

ok semua..jumpa lagi!!

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

October 14, 2006

Kenangan beraya dikampung caca

Hmmm..aku tak der mood nak study untuk test besok..Buat test hari ahad, petang plak tuh..Choi kan!!Waktu-waktu azab bulan puasa nih...mesti mengantuk habis nanti... Subjek 2 kredit jek..tapi u olz belaja bagai nak rak nih!! sabor je la..dengan karenah lecturer yang membosankan..lepas tu kuliah dengan ramai orang!choi... Aku masuk klass pegang nota photostat dengar dia mengajar jek..hahaha..

Tak sangka.. minggu depan dah nak raya..so, kira-kira lagi 8 hari sajork kita berpuasa..meaning minggu depan dah nak raya..ye!ye!ye!..ni yang membuatkan aku tak sabar nak balik rumah ni.. Tahun ni aku akan beraya 4 orang sajokr... Aku, my sister, mak and abah.. So tak banyak kerja sangat la..hehehe.. Tahun ni 2 orang kakak aku and abang aku, diorang semua akan beraya di rumah mertua masing.. Coz kalau ikutkan giliran, macam tu lah.tahun lepas dah raya kat sini, so tahun ni raya dekat mertua plak.. Raya ke-3 dirang semua baru akan balik ke rumah aku..Memang la tak meriah sangat bagi aku 1st day raya..tinggal kami 4 orang beranak sajork..Tapi sejak aku dah pindah ke umah baru aku nih..dah 4 tahun sebenarnya, aku rasa tiap-tiap tahun rumah aku akan meriah.. sebab ape? sebab rumah aku kali ni bersebelahan sahaja dengan rumah opah aku.. sebelah sana plak rumah mak-mak sedara aku..pelik kan??yela dok kampung kan..tanah plak,tanah opah..so yang tinggal adik beradik je la... So, walaupun tahun ni famili aku berkurangan, tetapi adik beradik,sepupu-sepapat aku semua akan balik umah opah aku... Walaupon aku tak penah tegur sepupu aku tuh, maka di hari raya ni jela waktu utk aku bertegur sapa..hahaha..
biarlah..Dengan itu mereka tidak akan ketinggalan untuk melawat ke rumah aku..

Selalunya tiap-tiap tahun, umah mak aku aku buat laksa.. kiranya laksa ni menu wajib kat umah aku la tiap-tiap tahun..umah mak sedara aku dia akan buat mee kari, and mak sedara lagi sorang akan buat bihun sup.. Lemang, opah aku yang akan buat..kami akan buat share-share jek lemang..So,nanti opah aku akan bagi la ke tiap-tiap umah.. yang bestnye, pagi raya lepas abeh semayang terus pegi ke rumah makcik2 aku nih..tukar-tukar makanan..best..datang rumah orang ni..kemudian diorang dtg umah aku..best la kalau umah dekat dengan adik beradik ni..jiran-jiran kampung tak payanh cakap la..memang ramai..budak-budak lagi la ramai..aku tak kenal sangat diorang nih..yela balik umah pon semester baper kali jek..so mak aku la yang akan melayan..aku dengan kakak aku kalau pagi raya memang la penat..yela orang datang kan ramai..nak sediakan itu la,ini la..malam raya tak payah nak cakap la..dah la mak aku tu jenis yang kalut..macam-macam dia soh buat..gantung langsir la..lap kabinet la..pasang pelita la..lampu yang lip lap tu la..hishh..memang meriah la!!

Lagi satu bila raya nih..macam2 la rancangan tv yang best-best..selalunya lepas balik semayang jek, terus bukak tv..hmm apa lagi mak aku dengan selamber nyer membebel di pagi-pagi raya..hahaha..elek la mak..yang tak tahan nyer aku dengan kakak aku sampai tulih rancangan ape yang best!siap tulih kat kalendar lagik tuh..hahaha..tahun ni aku cuti seminggu, so aku akan sempat untuk menghabiskakn semua program2 tv kat astro,tv1,tv2,tv3..hish..semua chanel la!!Hah..lupa plak..kan tahun ni anak-anak buah aku tak der, so maka di pagi raya, aku bolehlah mandi dengan aman..tiada lagi ganguan,suara-suara orang ketuk pintu untuk aku mandi..yela bayangkan lah dengan anak-anak buah aku yang ramai tu..6 orang..pagi-pagi dah kena beratur kat bilik air..dengan ipar-ipar aku lagik..pagi raya kalau tak bangun kol 630am..memang aku pegi semayang lambat la jawabnya..hehehehe..tahun ni aku boleh tengok tv dengan aman..tanpa kehadiran askar2 aku seramai 6 orang tuh..aku boleh tidor,makan,mandi dengan aman..hahaha..aku uncle yang jahat kah???tak lah..aku baik sebanarnya..yela,aku mana ada adik kan..so aku seorang pakcik yang penyayang..:)

Memang seronok beraya dekat kampung nih.. Semua ada..Yang penting hubungan kita dengan adik beradik tuh semakin rapat..yela kan..hari-hari raya macam nilah kita semua adik beradik nak berkumpul..makan lemang,ketupat sama-sama.. Dan yang paling aku tunggu ialah duit raya dripada abang,kakak-kakak aku, makcik2 and pakcik2 aku..yang special nyer,kalau kat belah umah aku, selagi tak bekerja dia akan dapat duit raya..hmmmm...tahun ni collect banyak2 nih...:)

Ok lah..banyak plak teringat pasal raya nih...see u soon!nak sambung study utk test besok plak!:)

October 13, 2006

Teringat memasak di bulan puasa...

Hai u olz..

Hari ni biasa jek bagi hari-hari yang sebelumnya.. Kelas macam biasa.. Takde apa yang menarik.. Pegi kelas, lepak dekat library then bincang assignment.. Actually this past few day ada gak banyak cerita yang berlaku.. Tapi tak tahu nak story yang mana satu... Ada Pink BBQ, berbuka puasa dekat MCD, masak untuk bersahur.. Hmmm banyak la.. yang Pink BBQ tuh nanti-nanti la aku cerita, panjang la.. Hehehe..

Sebenarnya, kalau puasa dekat UTM ni kalau memasak best jugak.. Yela kemaruk nak makan banyak.. Bukan apa, kalau memamasak tuh boleh tambah banyak kali..Kalau tahun lepas si Pian bawak rice cooker and microwave.. So, bayangkan lah memasak dalam bilik.. Hah! amik ko berbau ayam panggang satu bilik.. Yang best nyer tahun lepas aku dengan pian masak speggetti.. pertama kali masak! yang tak tahan nya jadi plak tuh.. Siap bagi kat izzati and the gang lagik.. Masak nyer simple je.. Ala, korang pon tahu kot nak masak speggetti kan.. Aku dengan pian beli dada ayam.. perencah dia beli yang instant jek.. perencah meggi kot.. hahaha..best la.. Dapat makan ayam panggang puas-puas..

Tahun ni ada gak memasak tapi bukan dengan pian lagi.. Pian dah tak bawak rice cooker dengan microwave.. Tapi kali ni aku memasak sahur dengan kimi semua.. Hmmm..bayangkan lah hari kedua puasa kot kalau tak silap.. Masak pukul 4am.. hah! macam2 tangan keluar.. Ni semua idea ros dengan kimi la.. Bahan- bahan beli kat pulai.. kitaorang masak nasi goreng jek.. Letak telur, ikan bilis, perencah pastu ada papadom sket dengan sosej .. Kira-kira sorang bayar rm 1.50 jek.. ok la tuh kan??.. nak merasa masak kan?? aku, kimi, ros, akmal, eja, pae and fasha.. Kalau tak silap hari tu kitaorang berbuka sekali dekat bilik ros.. Ros masak nasi lebih.. Aku dah memang tak boleh tido, coz kalau tido kang memang kompem aku tak bangun sahur nanti.. Tengok- tengok dalam kol 2am macam tu diorang ni semua dah terbongkang atas katil.. hmmm dah agak dah.. tadi bukan main lagi beria nak memasak..alih-alih diorg yang tido..choi betol la depa nih..Aku dengan pae jek yang tak tido.. Kejut punya kejut, bangun pon..

Maka pukul 4am pon aktiviti memasak pon bermula la di bilik wawa..hahaha..bilik wawa jadi sasaran memasak memandangkan wawa balik kampung.. Si eja dengan fasha memotong bahan-bahan untuk di goreng.. nasi, ros dah masak lepas berbuka tadi.. Aku dengan akmal menggoreng nasi.. selamat la rice cooker tu besa.. masak untuk 7 orang..paham-paham la..semua nyer makan untuk dua orang sekali gus.. tambah-tambah si kimi tuh..hahaha.. mati la aku kene lempang macam halley!ayooooo....

hmm...kadang-kadang bila teringat balik, best jugak memasak dengan member-member yang rapat dengan kita nih.. tak kira lah member kita tu macam mana orang nya.. elok ke tak elok ke..orang tak suka ke..orang meluat ke.. Tapi yang penting kita tahu siapa member kita.. Susah senang kita, sapa yang tolong kita kan?? Tapi tu la kadang-kadang orang pandang pelik kat kita.. Asyik diorang ni je kawan ko?? Tak der orang lain ke?? Hmmm bagi aku tak kisah la.. asalkan aku tahu siapa aku.. Hmmm.. besok kalau dah habis belajar mesti teringat balik aktiviti-aktiviti memasak ni.. Tengok video, mesti gelak sorang-sorang kan?? Ni la zaman aku kat universiti dulu....

October 11, 2006

Makmal yang hampeh..:(

Sejak dah boleh tulih blog ni, aku makin semangat plak nak updated..hehehe..Ye la dulu kempunan nak tulih..macam-macam cerita aku kongsi..Tapi tu sume cerita sebulan lepas, nanti-nanti la aku buat review balik..

Hmmm..hari ni puasa macam biasa.. Aku ni kalau dekat universiti memang malas nak bangun sahur.. Tapi kalau kat rumah sahur tu wajib ok!! makan nasik dengan telur goreng ada sambal tumis ikan bilis dengan kopi panas!! Ah.. sedapnyer...Tapi kalau dekat UTM, tak kuasa la nak bangun pukul 4am.. Pastu nak pergi cafe.. Cafe tu la jauh sangat, tapi kalau dah malas tu, tak boleh nak buat macam dah.. Dah la ku ni suka tido lambat, pukul 1-2am baru tido.. Siapkan assignment la, dengan PSM chater 1 tak siap lagik.. Bangun pon dah kol 8am..huhuhu..Budak-budak ni ada gak ajak pergi sahur, tapi aku malas la.. Before tido tuh, aku makan la sket2.. Minum susu @ kadang2 hot chocolate.. Hmmm...sedap giler!! Tapi kalau weekend tuh ada la jugak bangun sahur..

Hari ni aku pergi lab macam biasa la. Hari Rabu kene buat PSM.. PSM ni project final year utk semua student.. Rasanya semua universiti ada kot.. Syarat untuk wajib grad.. Tension nyer aku hari.. Ingat kan aku dah oleh calcine mangkin aku.. Rupa-rupanya tak boleh.. Furnace ada satu je yang boleh pakai.. Hampeh btol.. So, hari ni aku teruskan dengan run sampel untuk UV.. Aku akan analisis sampel racun.. Then continue sampel racun dengan mangkin ZnO/SnO2 aku tuh.. PSM aku nak uji sama ada mangkin aku tuh, boleh tak merawat sampel-sampel air yang ada bahan pencemaran macam racun ke.. Lebih kurang macam nak membersihkan kolam renang la.. Kalau korang nak tahu dekat dalam kolam tuh, dekat setiap marmal tu ada mangkin.. mangkin ni la yang akan membersihkan air kolam dengan kehadiran cahaya matahari.. Aku nyer projek lebih kurang macam tu la.. Fuh!! ilmiah giler aku..

Yang tension nyer, tadi aku pegi run sampel racun aku..apa ke nama saintifiknyer.. aku pon dah lupa.. Run dekat UV, dapat result memang pelik!! Aku dah agak dah..Ni yang aku malas nak buat ni.. Mesti salah.. LAst-last, dah pukul 3pm aku balik je terus.. Aku rasa aku prepared larutan stock dia salah kot.. Hmmm dah la supervisor aku pegi meeting tadi.. Hehehehe.. apa lagi balik la..Besok mesti dia call aku.. Tanya result..huhuhu..Matilah aku kene gelak..

Petang ni berbuka aku makan nasik campur jek.. Si kimi sms ajak berbuka dekat arked meranti dengan budak-budak ni semua.. Aku ok jek.. Aku tak kisah.. Lagipon aku tak suka berbuka dekat cafe Warisan Tunjang.. Ada orang yang aku tak suka.. Setiap kali pergi ade je la muka dia.. Tak selera nak makan!! tak der muka lain kat situ.. Aku gerak la dengan Jup pegi bazar.. Sampai sana dalam kol 6 si kimi miskol..So aku jalan la dengan kimi.. Jup dia kata nak cepat.. Hmm..aku pon sebenarnya tak tahu dah nak makan apa.. Pegi bazar alih-alih benda sama jek.. So pusing la pusing sampai naik muak.. Hahaha..

Bila berbuka dengan diorang ni memang meriah.. Tambah si kimi tuh.. Sakit perut sku dengan lawak dia.. hahaha.. Hmmm..ramai jugak tadi.. aku, kimi, eja, elisha, kak G, Tasha, Durr, Hell, Halley, Wawa, Pae and fasha..

Minggu depan dah last week, so memang banyak la assignment yang nak kene anta.. Dengan ada 3 test lagik nih.. Aku rasa semester ni memamng la yang paling teruk.. Bayangkan lah ada 19 kredit.. Memang giler!! So tak kisahla, target aku sekarang, buat je setakat mana yang mampu.. Yang penting this coming test aku kene buat betol-betol.. At least, tak la jadi macam test 1 dulu.. Dan yang paling-paling penting kan.. minggu depan balik kampung!!!!!!!!!!!!! Raya-raya... Tak sabar nak beraya kat rumah...:)

October 10, 2006

SHAH KEMBALI!!!!




HOLA!!!!
wah..dah lama aku tak updatedkan blog aku!! Dah bersawang bagai dah pon blog aku ni.. amboi2 syu, pakdan, fariz...korang jadikan tempat aku melepaskan geram yerk??
tak per la, aku tak kisah..asalkan korang menjadi pengunjung setia blog aku yang tak seberapa ni..

Korang semua, aku bukan tak nak meng-updated-kan blog aku ni, tapi kalau korang nak tahu UTM dah blog semua blogspot.. Tu yang aku tak boleh nak tulih.. Nak baca blog pon tak boleh, inikan nak tulih plak.. Ni pon selamat la si Pian yang bagitau yang blog dah boleh bukak. Hehehe. Apa lagi aku terusla tulih ni! semangat u olss..

Well hari ni hari yang ke-17 eh puasa??ntah aku pon tak sure..tak kisah la yang penting aku terus berpuasa.. Miahahaha.. Banyak sangat ceita ni, sampai aku tak tahu nak tulih apa.. Cerita itu la, cerita ini la.. Tapikan aku sebenarnya tak tahu nak tulih kat sini ke tak semua cerita-cerita tu.. Bukan apa, aku rasa aku tak selesa la nak cerita benda-benda tu kat sini.. Tak semua orang boleh terima kot cerita-cerita aku ni.. Ntah la aku pon dah konpius ni.. Mana satu nih caca??

Aku rasa aku nak buat blog lain. Coz aku takut nanti blob ni tak boleh bukak plak. Bodoh betul la UTM ni.. Orang bayar yuran, biarla nak bukak web apa2 pon.. Cam bongek jek!! Tension la skag.. minggu depan dah last kuliah, pastu cuti raya dekat-dekat 2 minggu lebih. Pastu balik, terus final exam..

Huhuhu tak sangka, naik semester baru bulan 12 ni, merupakan semester terakhir aku kat UTM ni!! huhuhu.. Cepatnye!! Aku rasa aku baru je masuk UTM. Teringat plak time-time aku mula masuk UTM dulu.. Tahun Asas u olss..Orang semua pergi matrix, aku je masuk program ni.. Hehehe.. Ada kelebihan tuh.. Tak sangka dah 4 tahun aku kat Johor ni, Aku rasa aku tak abih pon explore lagi negeri Johor ni.. Dah 4 tahun aku kat KRP ni.. Hmmm..macam bende dah berlaku.. Tapi terus terang aku rasa aku belum sedia nak kerja.. Awal lagi la, umur aku baru 21.. Rasa nak sambung belajar lagik.. Ntah la, bila pikir2 balik nak jugak pegang duit sendirik. Apa-apa pon kalau tak de apa-apa bulan 5 tahun depan aku habis.. Insyaallah bulan 8 nanti aku grad..

Hopefully..everything will follow as i thought..

Insyaallah..:)