October 13, 2006

Teringat memasak di bulan puasa...

Hai u olz..

Hari ni biasa jek bagi hari-hari yang sebelumnya.. Kelas macam biasa.. Takde apa yang menarik.. Pegi kelas, lepak dekat library then bincang assignment.. Actually this past few day ada gak banyak cerita yang berlaku.. Tapi tak tahu nak story yang mana satu... Ada Pink BBQ, berbuka puasa dekat MCD, masak untuk bersahur.. Hmmm banyak la.. yang Pink BBQ tuh nanti-nanti la aku cerita, panjang la.. Hehehe..

Sebenarnya, kalau puasa dekat UTM ni kalau memasak best jugak.. Yela kemaruk nak makan banyak.. Bukan apa, kalau memamasak tuh boleh tambah banyak kali..Kalau tahun lepas si Pian bawak rice cooker and microwave.. So, bayangkan lah memasak dalam bilik.. Hah! amik ko berbau ayam panggang satu bilik.. Yang best nyer tahun lepas aku dengan pian masak speggetti.. pertama kali masak! yang tak tahan nya jadi plak tuh.. Siap bagi kat izzati and the gang lagik.. Masak nyer simple je.. Ala, korang pon tahu kot nak masak speggetti kan.. Aku dengan pian beli dada ayam.. perencah dia beli yang instant jek.. perencah meggi kot.. hahaha..best la.. Dapat makan ayam panggang puas-puas..

Tahun ni ada gak memasak tapi bukan dengan pian lagi.. Pian dah tak bawak rice cooker dengan microwave.. Tapi kali ni aku memasak sahur dengan kimi semua.. Hmmm..bayangkan lah hari kedua puasa kot kalau tak silap.. Masak pukul 4am.. hah! macam2 tangan keluar.. Ni semua idea ros dengan kimi la.. Bahan- bahan beli kat pulai.. kitaorang masak nasi goreng jek.. Letak telur, ikan bilis, perencah pastu ada papadom sket dengan sosej .. Kira-kira sorang bayar rm 1.50 jek.. ok la tuh kan??.. nak merasa masak kan?? aku, kimi, ros, akmal, eja, pae and fasha.. Kalau tak silap hari tu kitaorang berbuka sekali dekat bilik ros.. Ros masak nasi lebih.. Aku dah memang tak boleh tido, coz kalau tido kang memang kompem aku tak bangun sahur nanti.. Tengok- tengok dalam kol 2am macam tu diorang ni semua dah terbongkang atas katil.. hmmm dah agak dah.. tadi bukan main lagi beria nak memasak..alih-alih diorg yang tido..choi betol la depa nih..Aku dengan pae jek yang tak tido.. Kejut punya kejut, bangun pon..

Maka pukul 4am pon aktiviti memasak pon bermula la di bilik wawa..hahaha..bilik wawa jadi sasaran memasak memandangkan wawa balik kampung.. Si eja dengan fasha memotong bahan-bahan untuk di goreng.. nasi, ros dah masak lepas berbuka tadi.. Aku dengan akmal menggoreng nasi.. selamat la rice cooker tu besa.. masak untuk 7 orang..paham-paham la..semua nyer makan untuk dua orang sekali gus.. tambah-tambah si kimi tuh..hahaha.. mati la aku kene lempang macam halley!ayooooo....

hmm...kadang-kadang bila teringat balik, best jugak memasak dengan member-member yang rapat dengan kita nih.. tak kira lah member kita tu macam mana orang nya.. elok ke tak elok ke..orang tak suka ke..orang meluat ke.. Tapi yang penting kita tahu siapa member kita.. Susah senang kita, sapa yang tolong kita kan?? Tapi tu la kadang-kadang orang pandang pelik kat kita.. Asyik diorang ni je kawan ko?? Tak der orang lain ke?? Hmmm bagi aku tak kisah la.. asalkan aku tahu siapa aku.. Hmmm.. besok kalau dah habis belajar mesti teringat balik aktiviti-aktiviti memasak ni.. Tengok video, mesti gelak sorang-sorang kan?? Ni la zaman aku kat universiti dulu....

2 comments:

Anonymous said...

"Asyik diorang ni je kawan ko?? Tak der orang lain ke??"

yang penting kita tau saper kita, tak susah kan orang, dan bole berkhidmat dengan dengan jayanya utk bangsa, AGAMA, dan negara...

takler macam majoriti jantan2 str8 yang tau cakap, but doesnt act and tau main pompuan jer *matiker aku?

go caca go ....

Anonymous said...

melerts...main pompuan katernye...mmg matiler ko...
hahahaha