December 02, 2006

CINTA & The Red Kebaya



SORRY LA..AKU TAK RETI NAK REVIEW FILEM2 NIH...
5 bintang untuk filem cinta!! Bravo! Bravo! cerita cinta kisah cinta yang lain dari lain! Walaupun aku demam hari tuh.. disebabkan filem ni, aku gigih jugak pegi tengok! tak sia-sia..huhuhu

Bagi aku kisah cinta Cikgu Elyas dan Rubiah adalah paling berkeasan! Sungguh menyayat hati.. Walaupun Cikgu Elyas menghidapi penyakit, tetapi Rubiah mengambi keputusan untuk menjaganya. Rubiah sangat menyukai Cikgu Elyas.Lakonan Dato Rahim Razali sangat bersahaja. Begitu jugak dengan Fatimah Abu Bakar.
Cikgu Elyas:

"Isteri bukan lah hakmilik, tetapi seorang isteri adalah anugerah"

Rubiah:

"Sehari bersama org yang kita sayangi adalah lebih baik dari selamanya bersama orang kita tidak sayangi"

Kedua aku sangat menyukai kisah cinta Azura dan Azlan. Aku sangat menyukai Fasha. Walaupun dalam filem ni Babak Fasha sedikit, tapi kesan nya sangat tinggi! Paling romantik bila Azlan menlamar Azura didalam train.. hehehe. Lawak la pelakon tambahan tuh! ape2 pon lepas ni selalu la aku pegi MPH!

"awak, majalah ni boleh jual!"

Airin dan Harris adalah pasangan yang paling banyak berkorban. Bagi aku bila tengok percintaan Harris, jika kita menyayangi seseorang itu tak salah jika kita lepaskan untuk melihat kebahagiannya. Harris sanggup berpisah dengan Airin. Lakonan Rashidi sangat baik! kalau tengok betul-betul dia seorang suami yang tabah! Apa-apa2 pon lukisan-lukisan Harris sangat lawa! Arkitek kan...

Kasih sayang Dyan terhadap adik nya Dhani sungguh mendalam. Dyan sanggup berkorban untuk adiknya. Nanu berlakon memang gred A. Que sangat berkesan. Ditambah pula penggambaran disekitar CM nampak macam betu-betul berlaku la!!

Ariana dan Taufik...cinta remaja! memang sesuai untuk remaja pada masa kini. Hmmm..tak sangka eh Pierre pandai berlakon. Susah betul nak tengok dia senyum dalam filem ni.. Syarifah Armani seperti biasa..lakonan dia bagi aku sama sahaja seperti filem Sepet dan Gubra!




hmmm....pertama kali bagi aku bila tengok wayang 5 orang je dalam 1 panggung!! Boleh percaya tak?hahaha..Yela..hari kerja kan mana la ada orang sangat..

Bagi aku, filem The Red Kebaya ni cerita yang ringan. Dan bagi aku juga ianya kisah yang biasa. Tapi apa yang lain ialah penampilan pelakon, corak pelakon dan permandangan dalam cerita..hehehe.. Vanidah Imran cakap english..kena berlatih lagik tu..hehehe..Mula-mula tuh macam menyeram kan jer, yela music cerita macam cerita hantu..tapi bila tengok sampai habis:

"hmm..not bad la cerita ni, ok jugak!"

No comments: