July 31, 2006

Cuti panjangku di JB




Hmmm.. dah lama aku tak updated blog. Sorry la guys! Aku bercuti panjang ni (3 hari sajork). Ingat cuti weekend ni nak balik KL, tapi tetiba si Akmal ajak pegi tengok Festival Zapin dekat Danga Bay. Tak jadi balik lah. Lagipun, minggu yang nak plan pergi Teater PGL nak balik lagi. Pastu minggu kenduri dekat Terengganu nak balik lagi! Harus kopak duit aku!

Sabtu kelmarin aku pergi tengok Festival Zapin peringkat negeri Johor. Meriah jugak!Mula-mula al-kisah nya nak pergi naik kereta DD, tapi lepas plan, tetiba seorang lagi penari tak der transport! Aku dah agak dah, ni mesti kena naik moto ni. Si akmal dah sentap giler babas nih! Yela, bukan apa malas nak rempit pergi Danga Bay. Panas lah. Dah la jauh plak tu (jauh ke??).Aku dengan Akmal pun rempit la dalam pukul 10am. DD, Kimie, wawa and sorang lagi penari naik satu kereta. Tapi kitaorg, tak terus pergi Danga Bay, makan angin+ shoping dekat Angsana dulu occay! hah! amik ko, bershopping sakan aku dengan si akmal. Hahaha. kelakar la dekat kedai Silverplanet tuh! Kesian si Roza (salesgirl kat kedai tu) melayan kitaorg. Nak beli kasut la, wallet la, jaket la, t-shirt la. Al-maklum la loan dah masuk. Lepas tu plak Megasale plak. Hmm amik ko! Shoping punya shoping sampai la pukul 1pm. SMS si kimie, dia cakap stat zapin pukul 2.30pm. Hari plak ujan. So kitaorang terkandas la dekat Angsana tuh. Ingatkan hujan berenti dah, tapi dok ujan jek. Kitorg pun dok la dekat main entrance dekat pintu tengok orang boley?? Sampai je dekat Danga Bay, bebudak Zapin UTM dah abes peform.. Cis!tak guna btol! Tak kisah la, janji puas hati bershoping sakan. Aktiviti diteruskan bergambar di sekitar Danga Bay. Penat la. dah la jalan-jalan dekat Angsana pastu round-round plak dekat Danga Bay!Festival Zapin ni sampai malam, sebab dia ada 2 kategori. Aku dah tak larat. So aku blah terus dengan akmal and Su and the gang. Tapi tak balik UTM, singgah sekejap (sekejap ke?) di Jusco Taman U. hahaha. Shoping lagik!Penat-penat! Lepas tu kitaorg makan dekat Pelitra jek. Memang havoc bila semua kat situ! hahahaha

Then, malam ingat nak tegok AF, tapi si Akmal ni ajak pergi Pekan Nanas umah sewa dia dekat sana. Dia nak hantar barang-barang yang dia nak shoping sakan tadi tu. Kiaorg 5 orang naik kereta si Alin. Kejar nih! nak tengok AF kot2 sempat tengok! Last-last bila sampai jek dekat UTM. dah abes!! huhuhu.. Benci! Benci! Benci bertambah bila si suara sengau masuk AF. Whateverlah!



Sekarang ni aku dok tengok bebudak kolej 16 buat latihan Senamrobik. Ada pertandingan minggu depan kalau aku tak silap la. Jumaat ke Rabu ntah. Aku malas la nak masuk. Nanti penat la. Confirm klass aku tak pergi. Aku hanya menjadi penyokong untuk semua kolej sajork! gitu??hahaha.

July 26, 2006

hari yang biasa2 sajork

Bengong btol la server ni, baru nak upload gambar2 dah tak boleh! hampeh btol la.. hmm.. jam dah pukul 3am, tapi aku tak boleh tido lagi. Siapkan proposal untuk hantar besok kat Dr Rusmidah, tapi tak print lagi! huhuhu.. printer aku tak der ink.. tanya pian, ink dia pun dah abes, YM si alan, tapi tak balas pon! aku sentap.. nak pegi bilik si jup, x koser la.. dah la jauh.. besok je la cari printer sesape2.. kebas jek! hahaha

Bodoh tau fakulti aku, besok depa buat taklimat dekat library pasal PSM ni.. bengong betol la, kan dah clash dengan Ko-Q aku. Mana satu nak pergi ni, dah la dua-dua buat petang 2-5pm. Ko-Q plak 2-4pm. Arghhhhhhh!!!!! kalau tak pergi ko-Q dah 2 minggu berturut-turut tak pergi. Kalau tak pergi taklimat kat libraray ni pon masalah jugak. Hmm.. gamble je la besok! yang taklimat ni pun satu tak tahu ke, yang budak-budak ni ada ko-Q??? mangkuk tandas btol!!

Hari ni tak der apa yang best. Aku pegi klass OB dan duduk bersembang dengan apis. hahaha. sungguh bosan btol. dah la kul 11am aku tak makan lagi plak. Perut aku dah berkeroncong, zapin pon ader. Hah! amik la ko, orang-orang lain pun buat kuliah sendirik kat belakang. Lecturer tu pon satu, dia nak buat lawak, tapi lawak dia macam tak lawak je?? aku pun confuse, budak-budak kat belakang tu gelak sebab dia ke? sebab lain? hahaha.. pastu lunch pegi makan dekat S.U.B. perghh!!! tender cafe tu orang baru la!! bagus2!! kalau tender lama semester2 lepas, mak aih?!! mahal giler babas!! cekik darah betol. Tadi aku pegi makan, boleh tahan la aku letak lauk sayur 3 jenis, ayam goreng, sambal and sardin.. penuh satu pinggan. baru rm 3! hahaha.. murah2..murah macam tambang air asia! lawak la lunch tadi, kan ada dua kedai dekat S.U.B tu, satu lagi cafe ni lauk dia banyak sket, tetiba tak jadi nak makan. hahaha! tahu sebab apa??? asrul cakap pinggan dia kecik?? bley la plakkss.. tapi betol la, pinggan kecik x best, nanti nak taruk lauk tak muat.hahaha.kelakar betol!klass petang proses kimia dengan Dr Mazlan. biasa la kalau kelas dengan Dr Mazlan memang sempoi! klass 2 jam jadik sejam. abih klass dia nak buat kuiz ari kamis.. hehehe.. segala teknik2 dan bentuk soalan dr mazlan sudah diketahui. apa yang ada perlu buat ialah baca sahaja nota dia, paling kuat pun nombor sahaja yang dia akan ubah. hahaha.. cayalah Dr Mazlan!! gerenti aku buat soklan kuiz secara berdiskusi dengan jemaaah pelajar lain! Haruss!!!

July 23, 2006

Fiestra+ AF+ SUKAM

Benci! Benci! penat tau semalam aku dah tulih blog aku, pastu terdelete.. huhuhu.. bodoh tau! penat aku tulih.. dah la aku ni taip lambat.. hari ni kene taip balik! benci! benci!


Tak per2, semangat lepas connection intenet dah boleh. Semalam aku tido pukul 430am. Buat ape? Lepas gian berchatting! hahaha! padan muka. Semalam tengok konsert AF4 dekat KRP. Tak la ramai sangat. Tapi penuh la meja2 kat situ.. Lagipun sebab ada FIESTRA dekat kolej aku, so malam tadi pulak ada event pertandingan nyanyi kot. Lebih kurang AF jugak la. Fiestra ni macam hari terbuka kolej la. every year ada kat koleJ aku ni.Macam-macam aktiviti ada. Pertandingan itu la, ini la, pameran la, permainan la. Macam-macam la! Cuma tahun ni je aku tak take part dengan fiestra. Sebab apa aku tak terlibat? hahaha. Bosan! Banyak sangat masalah! Bukan apa, nanti masa post-mortem ada jek, yang tak kena. Salah itu la, ini la. . Lagipun masa dulu, aku join fiestra ni sebab si fazley yang ajak. Ada banyak la, sub-sub program. Yang aku selalu join bawah program si fazley ni la. Yang tak sedapnya, mostly ajk2 program ni ada 2 klick. Satu klick yang atas and satu lagi klick fazley. Aku mesti la dgn fazley, sebab kitaorg memang dah join benda alah ni sejak Tahun Asas lagi. So, bila dah ada klick masing2 ni, paham2 je la. Banyak sangat yang tak puas hati. Aku malas nak cerita banyak.. korang pon mesti faham kan??!! biarlah rahsia...


Aku suka! tepuk! tepuk! si amirul muka doggy dah keluar AF? memang tercapai pon hasrat aku nak tengok dia keluar. eeee tolong la, muka macam @#$% nak jadi artis.. Tapi benci! benci! si gigil tu masuk final.. Apa kejadah la kena dengan si gigil tu bleh masuk final. Ni mesti orang johor suka vote ni!(hahaha..matila aku kena band dgn orang johor!) ntah ape betol la ada AFUNDI MASUK plak.. Tak suka la, dah keluar, keluar la. Tak payah la nak masuk-masuk. Nyibuk jek buat semak. Nanti mesti jadi macam kes Linda AF2.. alah, Astro.. everything is about money! biarlah... malas nak komen banyak-banyak. kita sebagai penonton tengok sajork!

Hmm...penat- penat la semalam pergi tengok SUKAM dekat stadium Larkin. Panas betol! Penat gara-gara sokong asrul larik 100 meter dgn 400 meter. Sempat tengok asrul larik 400 meter sajork! yela, mana tak nya, pukul 9am baru nak gerak la dari UTM ni. Ni semua syikin la ni, mekap lama sangat. Sura and Mida (hahaha..matila aku kena smackdown dengan sura)..huhu.. Sukam ni sukan antara kolej-kolej dekat utm. Asrul cakap sampai pukul 6pm baru abis! eee..tak koser la, nak tunggu sampai kul 6pm.. dalam kul 12pm kitorang dah blah. Lagipun event asrul dah abes. Ok la tu asrul dapat masuk separuh akhir.. hahaha.. cayalah cik yoo! Kelakar la tengok budak-budak perempuan larik.. hahaha. aku konfuse acara larik 4oo meter ke catwalk padang?? hahaha..

July 20, 2006

connection internet tak boleh lagi...

Dah lama aku tak updated blog.. bukan malas occay, tapi connection internet kat bilik aku tak boleh-boleh lagi la.. aku dah report dah dekat opis KRP, tapi biasa la kan ayat2 dgn press

"segala urusan akan diperbaiki"

hmm..bosan btol. so, sekarang ni aku terpaksa la pergi library kalau nak guna internet! hah! amik ko, tak penah-penah aku pegi library semester ni, tetiba rajin la plak pegi library..hahaha. minggu depan kalau connection internet tak boleh lagi, siap aku mengamuk dekat pajabat opis tuh!

semester ni ada klass petang. selalunya tahun 2 dgn 3 dulu petang je ada makmal. so tak la ngantuk sangat. semester ni aku ada klass ptg..hahaha. dok blakang angkat buku la..semester ni aku amik 19 kredit..bukan 19 subjek tau!

Tabiat Organisasi 3 (Subject ngantuk!apa2 ntah..diorg ckp senang)
Penggunaan Spektoskopi 2 (macam subject semester lepas jek..asyik2 blaja sama jek)
kimia Proses 3 (blaja pasal industri..ala2 kejuruteraan kimia la)
kimia Polimer 2 (blaja macam organic kot..ntah layan je la)
kimia Pemangkin 2 (tatau subjek apa, klas 1st hari tu dah ponteng.haha)
kimia Bahan 2 (tatau subjek apa, klas 1st hari tu dah ponteng.haha)
English 2 (bosan btol..byk btol amik english..tak larat!!!!!)
PSM 2 (my project utk tesis)
Budi Penyayang 1 (ala2 program bersamamu-utm. melawat shoping2 komplex.haha)

3 tu maksudnya 3 kredit.. meaning seminggu ada 3 hours utk klass tuh.. kiranya subject teras la..subjek penting..2 tu maksudnya 2 kredit. sama la 2 hours seminggu.. kiranya subject ala menyusahkan hidup.haha. PSM tu kene wat tesis. utk semua student final year, kena wat tesis..yang budi penyayang tu, ko kurikulum.. wajib amik utk grad..klu tak, tak boleh grad..bole gitu??so total semester ni 19 kredit la..harus la aku jadi ulat buku lepas ni!yeke semester2 lepas tak da perubahan pon..haha.abaikan jela niat tuh.. NI tahuna akhir aku, so harap-harap aku bleh grad on time.huhuhu.amin

haha. slumber je dekat library tulih blog.ah!lantak la.peduli apa!sape soh tak repair lagi connection internet bilik aku..haha.padan muka orang lain tunggu nak guna pc..tunggu la korang!

semester baru aku!

Dah lama aku tak updated blog.. bukan malas occay, tapi connection internet kat bilik aku tak boleh-boleh lagi la.. aku dah report dah dekat opis KRP, tapi biasa la kan ayat2 dgn press

"segala urusan akan diperbaiki"

hmm..bosan btol. so, sekarang ni aku terpaksa la pergi library kalau nak guna internet! hah! amik ko, tak penah-penah aku pegi library semester ni, tetiba rajin la plak pegi library..hahaha. minggu depan kalau connection internet tak boleh lagi, siap aku mengamuk dekat pajabat opis tuh!

semester ni ada klass petang. selalunya tahun 2 dgn 3 dulu petang je ada makmal. so tak la ngantuk sangat. semester ni aku ada klass ptg..hahaha. dok blakang angkat buku la..semester ni aku amik 19 kredit..bukan 19 subjek tau!

-Tabiat Organisasi 3
(Subject ngantuk!apa2 ntah..diorg ckp senang)

-Penggunaan Spektoskopi 2
(macam subject semester lepas jek..asyik2 blaja sama jek)

-kimia Proses 3
(blaja pasal industri..ala2 kejuruteraan kimia la)

-kimia Polimer 2
(blaja macam organic kot..ntah layan je la)

-kimia Pemangkin 2
(tatau subjek apa, klas 1st hari tu dah ponteng.haha)

-kimia Bahan 2
(tatau subjek apa, klas 1st hari tu dah ponteng.haha)

-English 2
(bosan btol..byk btol amik english..tak larat!!!!!)

-PSM 2
(my project utk tesis)

-Budi Penyayang 1
(ala2 program bersamamu-utm. melawat shoping2 komplex.haha)

3 tu maksudnya 3 kredit.. meaning seminggu ada 3 hours utk klass tuh.. kiranya subject teras la..subjek penting..2 tu maksudnya 2 kredit. sama la 2 hours seminggu.. kiranya subject ala menyusahkan hidup.haha. PSM tu kene wat tesis. utk semua student final year, kena wat tesis..yang budi penyayang tu, ko kurikulum.. wajib amik utk grad..klu tak, tak boleh grad..bole gitu??so total semester ni 19 kredit la..harus la aku jadi ulat buku lepas ni!yeke semester2 lepas tak da perubahan pon..haha.abaikan jela niat tuh.. NI tahuna akhir aku, so harap-harap aku bleh grad on time.huhuhu.amin

haha. slumber je dekat library tulih blog.ah!lantak la.peduli apa!sape soh tak repair lagi connection internet bilik aku..haha.padan muka orang lain tunggu nak guna pc..tunggu la korang!

July 18, 2006

hari bersejarah buat aku...

hello guys..sori la aku tak sempat nak updated blog..bukan apa, minggu ni aku tersangat2 lah busy..aku rasa semester ni la paling hampeh sekali

aku sampai dekat utm ahad pagi..sampai2 terus lepak bilik pian.. aku pon sampai dalam pukul 7am. naik bus dari ipoh dalam kul 12am. semangat punya pasal, sampai utm terus siapkan report praktikal..buat punya buat, sampai la tengah hari.. pastu member baik aku dari 1st year kat utm ni, fuad ajak pg lunch sekali dekat jusco!wah dah lama aku tak pegi jusco taman universiti! rindu la..haha.. lan pon ikut sekali..aku pon dah lama tak jumpa lan..so kitorg gerak naik moto aku dgn fuan..and moto si lan. sampai kat jusco, fuh! rama giler budak junior..yela budak2 junior batu masuk..ktorg lunch dekat arena jek..borak2 pasal cuti. yela dah lama tak jumpa..si fuad tak abeh stori pasal amik lesen dia, lan plak pasal hp hilang..sian btol dia terpkasa pakai 331o..

lepak punya lepak dekat jusco smp ptg..tak puas lagi ni borak kitorg sambung dekat bilik si fuad plak..haha..sambil tapau goreng pisang, cucur, n keropok lekor. huhu. pengalaman buruk aku sampai kat utm..bleh la plak moto si fuad tayar pancit dekat fakulti awam!arghhhhhhhhhhhhhhhh..malu giler babas..sume org tgk semacam! tak guna btol! arghhhhh malu2...besok pegi klass sume org tegur..kuang ajau btol...

fakulti sains memang lahanat1 ada ke patut kene buat pendaftraan balik utk subjek2 tertentu..ade ke..baik tak payah dafta dulu..sepak kang!semester ni aku amik 19 kredit..giler arr! aku tatau bleh bawak ke tak..boleh kot..hari ni 1st day kat fakulti..seperti biasa hari 1st day maleh nk masuk klass lagi..kami hanya lepak2 dekat fulti sambil berborak dan melambai2 budak klass yg lain..hahaha.bole gitu?
lantak la..besok baru masuk klass..

hari ini hari bersejarah buat rakyat malaysia..siti telah pon mengumumkan buah hatinya..seperti yang dijangka..datuk k menjadi pilihan siti..tak kisah la siti dengan sapa pon ko kawen aku tak kisah..yang penting aku meminati kerjaya ko sampai bila-bila. kepada semua peminat siti, terima lah kenyataan ini dengan seadanya.. siti berhak memilih pasangan hidupnya..bagi aku, datuk tu, ok la jugak..muka tak da la macam pecah rumah sgt pon!nampakknya siti mengikut jejak norjuma, normala samsudin dan tiara..berkahwin dengan golongan vvip..tak kisah la siti! semoga siti berbahagia hingga ke anak cucu. yang pastinya siti akan menjadi wedding of the year!!!!!!! superb grand!!!!!!!!!!!!!!!!!!

July 12, 2006

ml atau mL???

Yang ni semua budak USM..saiful, dayang, intan and diayana..lagi sorang yang tangkap gamba ni..zahir..Gud luck ya!!

hahaha..poyo tak aku??

aku sungguh berbakat


Ello guys..Yes! Yes! Minggu ni aku last praktikal! Hehehe.. Tak sabar rasanya nak balik UTM. Bukan apa, penat la! Tak larat.. Hari-hari duduk opis dari pukul 8am sampai 5pm. Mau tak penat nyer.. Arghh!! report aku tak siap lagik!!
Jumaat lepas aku kena presentation.. Aku je beria-ria pakai baju glamour habis. Ada ke kakak aku suruh pakai kot?! Hish.. Tak kuasa la.. Poyo giler..Ingatkan ramai la yang datang. Rupa-rupanya bilik seminar tu agak kosong.. Tapi pegawai-pegawai yang aku tak pernah nampak ada la pulak..hahaha. Tak sangka hebat jugak presentation aku! Aku first presentation tau! Bukan nak riak occay. Kalau tak masakan pegawai-pegawai kat sini tanya aku banyak soalan. Yang aku tak tahan tu, adalah seorang pegawai kat sini yang tak puas hati dekat aku. Dia tanya aku unit untuk mililiter pakai ml atau mL? Pastu aku mention la.. Speaking occay.

" Since in UTM i used mL, there's no problem with it."

Then dia tak puas hati, dia cakap pakai ml. Hello?? Ada masalah ke dengan ml atau mL? Lepas tu, ada pegawai lain pun cakap "you can used both. There is no standard" Aku dengan geramnya hanya melemparkan senyuman hipokrit aku dekat dia. Dia nak argue jugak, tu yang aku tension tuh. Korang boleh pakai dua-dua la..Hah! Lantak la. Then pegawai lain tanya soalan jugak masa aku presentation tu.Ade ke patut pegawai yang sorang ni tanya

"is it expensive or not to use this ionic solution method?"

Ello pakcik??Eden mano tahu semua kos-kos belanjawan ni. Ekau ingat eden buat bisness ko??Ayyoo! Boleh jadi gilak aku dengan soalan-soalan pegawai ni. Hah! lagi satu boleh plakss Tuan Timbalan Pengarah tanya soalan yang peringakat darjah satu!

"How do you get the percentage of calcium carbonate??

Arghhhh!!! Buat calculation la.. Tak kan turun dari langit kot.. Meh, meh ikut aku pegi makmal..huhuhu. Aku nak balik... lawak la tuan timbalan ni.. Soalan dia ni pun diakui oleh pebantu pegawai lain..

"you calculate la..then baru you dapat!"ayyoo..sabar je la..

Yang lain-lain tanya soalan agak releven la.. Kena masukan result DTA kot.. SEM test tak sempat nak buat.. Yela ade 10 minggu jek..
Overall aku rasa, aku dah buat yang terbaik(bak kata bebudak AF). Tapi kesian aku tengok bebudak perempuan USM. Memang teruk diorang kena fire dengan pegawai-pegawai ni. Teruk betul! tak berperikemanusiaan langsung! Ada ke pegawai tu cakap

"The graph is totally wrong!"

Muka budak perempuan tu dah pucat dah..hahaha.. Yela diorang punya tajuk projek semua berkaitan dengan mineral. Aku punya projek still baru lagi dekat pusat penyelidikan ni, so kebanyakkan diorang tak tahu sangat.Tapi yang aku tak heran nya, Bebudak USM ni (3 orang kot) present pakai BM. Cis! tak mencabar langsung.. Patut la la lancar je semacam.. Skrip memang dah ada. Tapi last-last kena fire gak. yang lagi baki 2 orang used english.. Not bad la.. Ok je diorang present. Cume aku memang tak paham langsung apa la tajuk ni?? Hahaha..aku menghabiskan masa dengan berborak dengan pegawai-pegawai lain..
Semua budak USM ni dah habis praktikal. Aku masuk seminggu lewat, so habis pun seminggu lewat la..Acara di akhiri dengan majlis penyampaian surat akuan dari Pihak Industri.. Sesi fotografi bersama Tuan Timbalan Pengarah ala-ala America Next top Models..haha
Apa-apa pun GOOD LUCK buat semua budak USM zahir, saiful, dayang, intan and diyana. By the way yang kat atas tu gamba aku masa presentation..:)

July 07, 2006

makmal aku

Hello guys! Hari ni aku baru jek habis presentation. Minggu depan la aku story panjang lebar. Banyak cerita menarik tau! Apa-apa pun aku berbangga dengan diri aku coz "they really know who i am"..They really2 impressed with my presentation!

Petang ni lepas kerja aku nak balik bruas. Minggu ni last balik rumah. Boleh makan durian, tempoyak! Semuala makanan berasaskan durian. Lagipun malam ni kak wanie balik. Tapi petang ni aku balik dulu dengan my sister naik bus. Kak Long balik besok coz dia keje hari sabtu. She got a lecture tomorrow. So weekend ni nak tengok bola! Bola! Aku sokong Perancis la juara and Portugal 3rd place! Hahaha. So minggu depan aku story pasal presentation aku..Hah! Yang kat bawah ni gamba lab aku..Buruk tak makmal ni? Korang ni memang la tak reti bersyukur kalau korang cakap buruk..hehehe
Ni la lab merangkap opis aku..Lunch time je aku membuta. Bukak air-cond paling sejuk lepas tu dengat real one dan TIDO!!hahaha




July 05, 2006

Aku di zaman kecil





Comel tak aku waktu kecik-kecik dulu??
Betul cakap korang..aku memang comelss
Kalah pompuan comelss tuh

Party Ronggers 2006

Hari ni 5 Julai, maksud nya aku ada lagi 8 hari dekat JMG ni. hahaha. best nya! tak sabar nak habis kejer ni.. Busan! Baik balik UTM! boleh jugak borak2 dengan and the gang! Windu sama budak klass aku and the ronngers.. pian,aiman, nikki, apis, acie, eika, sue, ila, sarah, shishi..hmm banyak la lagi! Dah lama tak makan dgn diorg dekat arked meranti! dah lama tak kaco sura! hahaha.. sura manja la..

Semester lepas la aku rasa semester paling best.. New year tahun ni aku pegi jalan2 jb and makan dekat western food. Lepas tu tgk midnight movies! Balik UTM pukul 3 pagi kot! hahaha Lepas tu dekat2 nak exam boleh plakss ktorg buat BBQ dekat umah shishi. Mula-mula nak buat dekat Savana Hill Resort.. Lepas tu terpaksa cancel plak! Yela, time tu tengah cuti sekolah.. Mana ade tempat dah. Dengar cerita lagi 2 bulan orang dah book! Nak plan pegi Genting, tapi susah la. Ramai yang tak boleh plak. Yela nak turun KL satu hal, lepas tu nak kumpul plak! Hish! susah la.. Nak naik dari JB, cam mahal jek! Sewa satu bus.. Last2 rumah shishi jadi sasaran. Hehehe. tempat di sponsor beb! Layana 1st class dari parents shishi! Cayalah uncle! Hmmm.. yang join parti tu muka-muka yang sama jek dalam klass..
Aku sebagai leader( wahh matila verangan!), pian (bodyguard..ini kerana party ini bdak2 pompuan rame sgt), asrul (perancang party aka ceti), aiman, kabil(diimport khas dari KRP), sarah (duta party),shishi (penaja semua barangan+tempat), hajar, sura, syikin, ima, ruby, acie, ika, mida, ada sape2 lagi ke aku tertinggal??hmm cukup2.. best sey! havoc giler! memang meriah habis... dengan gelak tak henggat dunia! makan belambak2..hahahaha.





Acara paling best ialah tukar2 hadiah..yang best nyer bukan ape. Hadiah mesti disediakan setiap orang, lepas tu kita tak tahu hadiah kita saper yang akan dapat and kita plak akan dapat hadiah dari saper plak??aku dapat hadiah dari Aiman! hahaha..anak patung yang kiut macam aku..hadiah aku dapat dekat Sarah..Apa lagi sesi bergambar ala2 America Next Top Model berlangsung!!hahaha..yang best nyer bila pian bergmbar dngan shishi..macam keluarga bahagia!hahaha..mahal woo aku beli!!aku siap bagi slip tanda harga lagi..hahaha..semangat punyer pasal..siap pegi Angsana dengan Kabil beli baju..yela. ada tema la plakss..hitam and merah!aku pakai hitam jek..tak koser la nak pakai merah..Acara dimulakan dengan ucapan dari aku selaku penasihat (haha..matila expose!!) kata-kata aluan merasmikan party ini..hahaha..lepas tu makan2 sambil bagi hadiah..then continued main game..seperti yang dijangkakan CACA akan mengungguli kesemua game! tak da sesiapa pon yang boleh menandingi caca.. hahaha! tapi kuang asam btul aku orang pertama kene conteng muka dengan kaler sebab kalah main Hide ang Seek! whatever.. Asrul memang suka bab2 meng-glitter-kan muka aku ni! Habes kene conteng..boys bakar ayam+ sosej.. yang lain2 dak girls siap kan makanan dari awal lagi. Diorg dah sampai rumah shishi dari pagi lagi.Kitorg boys datang before magrib semua bahan semua dah setel. Just tinggal bakar je la. Dapur, arang semua bapak shishi dah siap kan..aku pon tak tahu nak makan mana satu! dengan bapak shishi sponsor sate lagi! Meja penuh sampai tak muat nak letak makanan..yela yang lelaki ade baper kerat jek..bdak2 pompuan ni makan semua control ayu..perghh..layan! Ktorg main dekat sampai pukul 12am..bapak shishi soh ktorg tido umah dia jek..aku tak kisah..lagi bagus!dah penat. maleh plak nak balik utm.. tapi diorg ni x nak tido plak.. Pelik betul..Rumah shishi kan besa..Bila lagi nak merasa tido dekat bunglow tuh??Bincang2 akhirnya balek gak la.. Seperti yang tak dijangka! Kesemua melompat akibat ketakutan!! hahahaha.. Kesemua pengetua kolej termasuk TNC ade dekat pondok pak guard! matila..sape2 yang pakai glitter dekat muka tu.. ruby dengan selambanya menyorok dalam kereta..dah macam minah indon! aku dengan selambanya turun keta dengan muka kene conteng penuh lip lap lip lap nih.. hahaha.. pegi jumpa guard scan kad matrix!ntah apa2 kan??cam budak2 jek..masuk lepas 12am kene scan kad mtrix! hampeh btul..Pak guard usha pelik aku?ni apsal kene conteng ni??aku jawab la.. suka hati mak bapak saya la!sibuk pesal..hahahah..giler!nak mampus korg ckp gitu!kang tak pasal2 kene buang UTM..tak der pa2 pon..ktorg cakap la pegi buat bbq dekat umah member..hahaha..eika habis di soal siasat oleh sape ntah??aku lupa..kesian eika..hilang mood terus..ape2 pon semua boleh masuk utm.. balek bilik..bsok klass dr mustaffa semua org ponteng!hhahaa...bagus2!





July 03, 2006

Brazil - Mawi - Siti Nurhaliza - Durian

UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA MAWI...AL-FATIHAH

Sudah seminggu aku tidak meng-updated-kan blog ni. Sorry ya!! Aku betul-betul busy 2-3 minggu yang akhir ni. Hari khamis ni aku ada presentation dekat industri ni. So, kenalah prepare yang betul-betul. Text ucapan pun aku belum buat lagi. Bukan apa, kalau dekat utm aku tak kisah sangat. Balik-balik semua budak kuliah. Tapi kali ni aku presentation depan Pengarah JMG, Timbalan Pengarah dan semua pegawai-pegawai atasan. Huhuhu. Matilah aku!! Mana tak nya, aku dah buat slide dalam BM, habis-habis bila pikir balik, buat dalam english la! hilang la standard aku buat dalam BM!. Minggu lepas ada jamuan untuk student praktikal. Memng best! Makanan boleh tahan! Lepas Timbalan cakap-cakap, macam kena present dalam English jek?? (well.. i don't mind!)Bila lagi nak mencapap depan Pengarahkan?? la la la la la la la

Banyak yang berlaku dalam masa seminggu ni. Brazil kalah, Mawi putus tunang, durian, hadiah dan yang paling aku suka adalah "Salima is OUT from AF!"hahaha. berambus jugak akhirnya dia. Aku story dulu la pasal Brazil. Aku memang geram bila tengok Brazil main. Permainan memang dikuasai oleh pemain utama Perancis, Zidane. Bagi aku pemain hebat Brazil macam Ronaldinho, Ronaldo and Kaka semua main macam biasa sajork! Dah la aku pun tak reti sangat nak komen banyak-banyak. Apa-apa pun aku sokong Portugal dan Perancis masuk final nanti. Kepada skuat England, hahaha anda memang layak untuk kalah! Apasal la si Bechkam tu, kalau dia yang buat sepakan penalty mesti dah gol punyer! Rooney pun bengong. Suka-suka hati je tolak C. Ronaldo. kan dah kena kad merah! Ala..England populariti je lebih.(kepada aiman, Englang dah kalah!la la la la)German tak aci!tak aci! menang penalty 4-2 dengan Argentina. Ala German harap Ballack jek lebih.Semangat betulkan aku tengok bola sampai 5 pagi!

Berita sensasi!MAWI putus tunang??hahaha. AKu memang dah tak suka si Mawi ni. Banyak sangat story pasal dia akhir-akhir ni. Menyanyi dah tak seberapa, populariti je yang lebih-lebih. Menyesal aku sokong dia dulu waktu AF3 (kantoi aku minat mawi). Nampaknya lepas ni aku beli album Mawi yang cetak rompak dah la. la la la la. Memang dah agak dah, bila jadi kaya tak nak yang miskin. Mana janji-janji kau mawi waktu AF3 dulu?? Peminat dekat channel @15 kebanyakkan dah tak minat kau dah. Habis la mawi. Mawi cakap, Ina bukan pilihan family dia. Aik?? dulu waktu AF3, cakap Ina keluarga dia yang pilih?! Mana satu ni?? Kalau mawi dah berubah memang aku percaya. Yela dari miskin menjadi seorang yang kaya! Populer satu Malaysia pulak tuh! Lupa daratan la tu (sms dari kak Jaja). Kadang-kadang betul juga apa yang media tulis ni. Macam kes fitnah email siti dulu. Some of the fact is true! ya! cerita tu memang betul. Aku percaya pada certain-certain kenyataan dekat email tu. Tak payah la nak tulis dekat sini nanti aku pulak yang masuk makhamah! Yang pasal email penceraian Erra dulu pun ada jugak yang cakap kes email fitnah. Tapi memang betul pun dia dah bercerai waktu email tu dah di publish! See?? The email is always true. Dan yang menjadi masalah nyer bila ada orang suka tokok tambah dalam sesuatu cerita tu..alahai mawi

Hari ni aku baca berita harian "Kata Teman: Terimalah hakikat Siti milik Datuk K" Memang ramai yang asyik perkata hal Siti-datuk K. tak kira la, aku balik rumah orang cakap, dekat office, staff cakap. Pendek kata dekat mana-mana la! Alahai siti... Aku tak kisah Siti nak kahwin dengan sapa pun. dah banyak kali aku cakap, Siti kahwin ke, tak kahwin ke, anak dara tua ke, apa ke...aku tak kisah. aku tak berminat dengan kisah hidup dia. Biarlah dia nak kahwin dengan siapa pun! Peminat?? Aku pun peminta siti jugak.. Tak payah la yang peminat-peminat siti tu nak berperang pasal jodoh dia. Memang la naik turun seseorang artis tu peminat dia yang berkuasa, tapi kalau dah hal jodoh pun nak tentukan..teruk la macam ni. Aku pun pelik la orang-orang macam ni. Ada seorang kawan mak aku tu, bukan main lagi kutuk siti. Kata tak sesuai la, itu la ini la! hello?? Kau tu siapa?? Mak bapak dia ke?? Yang nak sibuk sangat tu apesal?? Ntah-ntah beli album siti pun tak pernah! Betul jugak sesetengah pendapat orang, orang yang muda biarlah kahwin yang sebaya. Hidup tu nanti lagi mudah. Orang cakap la. Betul jugak, tapi kalau dah jodoh yang dengan orang yang lebih umur?? Apa salah nya.. Siti bertambah-tambah kaya!! aku tetap sokong kerjaya siti sampai bila-bila!! Album siti aku jadi saksi tau..dari 1st album aku kumpul..(hahaha.aku riak!)

Memang best weekend hari tu. Aku balik Beruas dapat makan durian! durian! and durian lagi! Kuah durian cicah dengan roti, cucur durian dan yang paling best ialah sambal tempoyak!! ya!! aku memang orang perak yang TULEN occay! So, tak payah nak malabel-label aku... Minggu ni aku balik last kat rumah. Nak makan durian puas-puas. Cuma hari tu tak sempat nak makan gulai tempoyak jek. Next week Kak Wanie balik. Dah lama tak jumpa Aliya. Wah!! mesti meriah rumah aku! Hmm kak Jaja tak tahu nak balik ke tak. kadang-kadang bila satu family berkumpul sambil makan durian sama-sama best jugak! By Sabtu next-next week 15hb aku dah balik UTM! Ya! tak sabar nak balik U! Ke kuliah kita segera...

Nanti aku story pasal konsert AF